Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEGUAM NEGARAPUN KENA TUDUH

Gani Patail nafi dakwaan RPK disogok Ho Hup baiki rumah isteri

August 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Peguam  
Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut.

Dalam tulisan menerusi blognya Malaysia Today pada 23 Ogos lalu, Raja Petra mendakwa bahawa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.

Dalam respons pertama berhubung dakwaan Raja Petra, Gani memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

“Saya tidak menerima satu sen pun daripada Ho Hup. Saya ada satu peraturan, saya tidak ambil duit,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau memiliki rumah di Seremban, Gani berkata: “Saya tiada rumah di Seremban ataupun di mana-mana di Negeri Sembilan.”

“Saya tidak tahu apa nak kata. Semua ini berlaku pada 2009 tetapi kes itu dibawa sejak 2010, jadi tidak masuk akal,” kata beliau merujuk kepada kes yang difailkan ke atas Datuk TC Low.

Raja Petra mendakwa Peguam Negara telah menggunakan pengaruhnya bagi pihak Lye untuk mendakwa Low di mahkamah tahun ini berhubung isu pendedahan kepentingannya dalam syarikat tersebut.

Editor Malaysia Today itu juga menyiarkan foto di blognya invois-invois yang dijana daripada komputer, bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama “AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa”, satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah “AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa” bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian.

Lye dan Low yang masing-masing mempunyai pegangan 28 dan 26 peratus ketika itu terlibat dalam pertikaian menguasai lembaga pengarah Ho Hup.

Bagaimanapun Lye telah diundi keluar pada mesyuarat tergempar Ho Hup pada Mac ini. Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkan Gani daripada tuduhan rasuah berkaitan dengan urusan menunaikan haji tahun lalu.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.