Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAGI CEPAT IKTIRAF LAGI BAIK

Ahad, 28 Ogos 2011

Malaysia telah iktiraf Pembangkang Libya


Kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan pihak berkuasa pemberontak Libya walaupun Kerajaan Libya belum lagi jatuh sepenuh nya.

Menteri Luar Negeri Anifah Aman, menyatakan Jumaat malam kelmarin, bahawa telah menerima Dewan Peralihan Nasional (NTC) yang dibentuk pemberontak, yang kini menguasai Tripoli pada awal minggu lalu.

"Kami berharap Dewan Peralihan Nasional akan menjalankan pemerintahan sementara menuju kesatuan nasional, dan menubuhkan kerajaan baru yang membawa keamanan dan kestabilan bagi Libya dan rakyatnya," kata Anifah.


"Bagi mencegah pertumpahan darah lagi, Malaysia bersama-sama dengan beberapa kerajaan antarabangsa yang lain menyeru pasukan Gadhafi mengikuti pilihan majoriti rakyat Libya," tambahnya.


Beberapa buah negara Barat juga telah mengakui NTC, tetapi Kesatuan Afrika (AU) masih lagi menolak untuk mengiktiraf NTC. Sebaliknya, AU mengharapkan suatu pemerintahan peralihan yang menyeluruh.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.