Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BENDERA SAMPAI KIAMAT

Pas: Sasaran kami tukar kerajaan, Jalur Gemilang kekal 'sampai kiamat'
NURUL AINI MOHAMED ALI
3 September 2012 
 

 
SHAH ALAM - Pas menegaskan Jalur Gemilang akan terus digunakan selama-lamanya, sehingga dunia kiamat, sekali gus menafikan parti itu mempunyai agenda untuk menukarnya, sebagaimana didakwa banyak pihak termasuk arisan Nasional (BN).

Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin kanan parti untuk menukar bendera kebangsaan kerana mereka sendiri berbangga dengan Jalur Gemilang, yang selama ini melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara mempunyai pelbagai kaum yang cukup harmoni.

“Tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk buat hal ini (tukar Jalur Gemilang),” tegasnya kepada Sinar Harian Online.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam berkata, langkah menukar bendera negara ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat PR, yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Menukar bendera kebangsaan tidak pernah menjadi agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincang atau dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Itu sebabnya saya menghantar mesej menerusi Twitter (semalam) sebagai respons kepada dakwaan kononnya PR mahu tukar bendera kebangsaan," kata beliau.

Menurut Salahuddin, pihaknya tidak pernah membincangkan agenda menukar Jalur Gemilang dan Pakatan Rakyat (PR) turut tidak terlibat dalam hal ini.

“Jalur Gemilang tidak akan ditukar. Ia akan kekal digunakan selama-lamanya,” kata beliau. Beliau menambah, Pas hanya berhasrat untuk menukar kerajaan memerintah kepada kerajaan PR saja dan agenda menukar Jalur Gemilang ini disifatkan tidak masuk akal.

“Jalur Gemilang akan terus digunakan sebagai bendera Malaysia. Perkara asas seperti Islam sebagai agama rasmi negara, kedaulatan institusi diraja dan hak istimewa orang melayu juga akan terus kekal dalam perlembagaan persekutuan negara ini,” tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.