Shahrizat minta peruntukan lebih untuk PDRM tangani jenayah seksual
September 24, 2012
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Wanita Barisan Nasional (BN) meminta
kerajaan menambah peruntukan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dalam Belanjawan 2013 bagi membolehkan pasukan itu memperkukuhkan
siasatan berhubung jenayah seksual, keganasan rumah tangga dan penderaan
kanak-kanak.
Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyarankan penubuhan pasukan
polis awam selain meningkatkan rondaan berkereta dan penambahan kamera
litar tertutup (CCTV).
Belanjawan 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, di Parlimen. — Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment