Anwar Ibrahim Kantoi.... Muakakakakaaaa...!!!!!
>> Thursday, March 07, 2013
Penemuan bangkai seekor ikan paus dipercayai spesis yu paus, dianggarkan seberat satu tan dan berukuran lima meter panjang, menggemparkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan perkelahan Pantai Merdeka, dekat Sungai Petani kelmarin.
Ikan paus itu dipercayai berenang dari Lautan Hindi seterusnya memasuki kawasan Laut Andaman, sebelum tersesat dan terperangkap di Selat Melaka.
Seorang nelayan yang enggan dikenali berkata kehadiran ikan paus itu mula dilihat terapung di perairan berkenaan kira-kira 4 petang kelmarin, sebelum ditemui terdampar di pesisiran pantai beberapa jam kemudian.
"Pada mulanya saya terlihat objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai namun setelah dihampiri, ia adalah bangkai seekor ikan," katanya.
Penemuan mengejutkan itu merupakan kejadian ketiga melibatkan penemuan bangkai haiwan marin gergasi selepas berlaku tsunami pada 26 Disember 2004, yang mana pada 18 September 2006, seekor penyu besar ditemui penduduk Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda.
Pada 10 Februari 2011, bangkai seekor ikan paus dari spesis bryde's whale, dianggarkan seberat 4,000 kilogram (kg) dan ukuran panjang 12 meter, ditemui di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda. - MKini.
Menurut laporan dari Lembaga Perikanan Negara dan Kementerian Asas Tani, hasil bedah siasat yang dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian ikan paus tersebut mendapati ianya berpunca daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan DNA beliau terdapat dibahagian badan ikan paus itu.
Perkara ini disokong dengan laporan dari hasil risikan polis marin yang mengesahkan bahawa Ikan Paus ini mati kerana perbuatan Anwar Ibrahim. Risikan Polis Marin melaporkan kelibat Anwar Ibrahim dilihat di sekitar Laut Andaman untuk memberi makan kepada ikan-ikan paus di sana.
Pihak NGO diseluruh negara sedang sibuk membuat laporan polis dan mengutuk tindakan Anwar Ibrahim ini dan menggesa siasatan segera dijalankan.
Sementara itu, melalui berita buletin 3 suku sebentar tadi mengesahkan ikan paus
yang dalam perjalanan ke Lahad Datu telah diperdayakan oleh Anwar
Ibrahim untuk ambil jalan pintas melalui Selat Melaka ke Laut China
Selatan hingga ke Lahad Datu.
Nasib
malang menimpa ikan paus tersebut apabila ianya tersesat dan terkeluar
dari laluan perairannya hingga terdampar di Pantai Merdeka. (Khabar
angin mengatakan koordinat GPS yang diberikan Anwar Ibrahim adalah
salah... dan ianya disengajakan.)
Manakala
Utusan Malaysia pula melaporkan bahawa Persatuan NGO Ikan Paus akan
mengemukakan Saman terhadap Anwar Ibrahim kerana menyebabkan kematian
rakan mereka, sambil memetik Presiden Persatuan NGO Ikan Paus sebagai
berkata "Selama ini kami sudah cukup bermasalah, mengapa mesti manusia
seperti Anwar Ibrahim menambahkan masalah kami, kerana itulah kami
bertekad akan saman beliau...".
Walau bagaimanapun..., buat masa ini Menteri Dalam Negeri Hishamkemutdin memberi amaran kepada rakyat supaya jangan memandai2 buat sebarang spekulasi atau khabar angin dan Ketua Polisi Negara pula berkata, Pihak Polis akan menangkap pembawa berita palsu/khabar angin.
Ini adalah kerana keadaan perairan negara masih terkawal dan mereka sedang berbincang dengan Presiden Persatuan NGO Ikan Paus supaya tidak menyerang Malaysia atas tujuan membalas dendam.
Walau bagaimanapun..., buat masa ini Menteri Dalam Negeri Hishamkemutdin memberi amaran kepada rakyat supaya jangan memandai2 buat sebarang spekulasi atau khabar angin dan Ketua Polisi Negara pula berkata, Pihak Polis akan menangkap pembawa berita palsu/khabar angin.
Ini adalah kerana keadaan perairan negara masih terkawal dan mereka sedang berbincang dengan Presiden Persatuan NGO Ikan Paus supaya tidak menyerang Malaysia atas tujuan membalas dendam.
0 orang berkata:
Post a Comment