07 Mac, 2013
Benarkah Ini Gambar Serangan Lahad Datu?
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini.
Zahid dalam sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi semalam serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh.
Kerajaan katanya mendedahkan gambar
tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan
keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh
bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu kelmarin.
Namun, anehnya ramai pihak yang kini memepertikaikan kesahihan
gambar-gambar tersebut.
Malah, dalam laman sembang sosial
facebook kini isu itu hangat diperdebatkan. Ini kerana, keadaan mayat
yang berada dalam liang lahad itu jauh sekali bezanya dengan rupa bentuk
para penceroboh Sulu yang sebenarnya.
Dengan keadaan mayat yang hanya
memakai T-Shirt hitam, siap dengan sarung tangan dan sebagainya langsung
kata mereka tidak menggambarkan keadaan sebenar. Difahamkan para
penceroboh kebanyakkannya memakai pakaian celoreng ala tentera. Malah
keadaan mayat yang sudah kembong perut itu juga dipertikaikan kerana ia
menggambarkan mayat itu sudah terlalu lama ditanam, sedangkan serangan
baru berlaku kelmarin.
Apapun, kesangsian itu harud dijawab
sendiri oleh kerajaan kerana ia cukup memuskilkan. Malah, sebelum ini
akhbar arus perdana Utusan Malaysia ada melaporkan seramai 30 penceroboh
mati dalam serangan itu, walhal Zahid menjelaskan hanya 13 orang sahaja
yang terbunuh. Olehitu, kekeliruan ini harus diperjelaskan, apakah
gambar mangsa serangan itu di Sabah atau di mana?.
Malah lebih
mengejutkan ada juga yang mempertikaikan, jika benar mayat tersebut
mati akaibat serangan bom kenapa papan penutup kubur berkenaan tidak
musnah dibom bersama mayat-mayat berkenaan. "Kalau itu lah mayat
hasil dari gempuran pesawat pengebom dan meriam, ternyata satu
pembohongan juga. Perhatikan mayat sudah mula mengembong. Itu ialah
mayat mereka yang mati beberapa hari lalu akibat pertempuran.
Mayat oleh pengeboman mestilah ada ciri2 boooooom.. Mcm ni punya lubang, mkn masa jugak nak korek....tepi jalan? Kompius aku. Lojik
tak bila masa penceroboh gali lubang sedang polis malaysia kepung dan
ada kah penceroboh bwa cangkul dan pengali???.pembohong la tk masuk akal
langsun.aku bekas tentera la", kata kenyataan komentar panas di laman facebook yang diperolehi. ~pahangdaily
0 orang berkata:
Post a Comment