Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

25 Ogos, 2013

Utusan Buat Onar Dan Kecoh Lagi..

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melalui kolumnisnya Awang Selamat meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13), kali ini dengan mempertikai hak kaum Cina untuk mendapat keistimewaan dan bantuan pihak kerajaan.
Utusan melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengecam kaum Cina dengan mempertikai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina hab makanan Cina betaraf antarabangsa di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
"Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja. Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep berkenaan di ibu negara.
"Perlu diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah hakikatnya," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengulas tentang projek bernilai RM12 juta itu sambil menempelak DBKL kerana hanya memfokuskan keutamaan satu kaum.
Beliau menjelaskan projek berkenaan wajar menerima banyak bantahan dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu ianya dibatalkan.Katanya, banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung pembinaan hab makanan Cina itu.
Awang menegaskan alasan projek itu akan menaik taraf dan memajukan Jalan Alor sebagai tarikan pelancong, kurang meyakinkan."DBKL perlu lebih sensitif. Imej Cina di Bukit Bintang sudah menebal apatah lagi diwarnai kawasan itu seolah-olah mahu dijadikan seperti bandar Hong Kong.
"Lagi pun sejak dahulu lagi pengundi kawasan itu tidak pernah menyokong kerajaan, yang jika diberi bulan dan bintang sekali pun tidak akan menghargainya," katanya.
Dalam kenyataan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum 5 Mei pada awal pagi 6 Mei, beliau mengakui terkejut dengan “tsunami Cina” yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat 133 kerusi sementara Pakatan Rakyat (PR) lebih kukuh dengan mendapat 89 kerusi Parlimen.
Utusan pula meneruskan kecaman terhadap kaum Cina dengan artikelnya "Apa lagi Cina mahu" dengan menuduh masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan BN yang orang Melayu menjadi terasnya. ~the malaysian insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.