Friday, 23 August 2013
"ENDLESS POSSIBILITIES" SUDAH LAMA MENJANGKITI PAS?
Mula-mula Yong tak ambik pot bila tumbuh facebook yang namanya
El-Haraki. Gasak diale nak letak nama apapun. Haraki atau Harakiri...
Yong berpandangan penyokong bebas menyanjung sesiapa yang demer nak
sanjung. Al-Sisi pembunuh itupun ada penyanjungnya. Ini pula ahli
politik PAS yang baik-baik belaka. Baik bagi Yong kerana tidak dengar
demer membunuh sesiapapun. Maksud Yong, membunuh secara fisikal.
Yong lihat dalam media sosial ada facebook sokong Husam Musa. Jadi, tak
heran kalau ada facebook sokong pemimpin PAS lain...Endless
possibilities!
Tapi, nampaknya "endless possibilities" dalam media sosial telah
digunakan untuk membunuh kerjaya politik pemimpin tertentu dalam PAS.
Bukan. Ini bukan facebook mempertahankan ulama. Tapi melaga-lagakan ulama dengan golongan profesional dalam PAS.
FITNAH PAS? |
Jika kita buka facebook ini dan jadi marah kepada ulama, maka matlamat
pemilik El-Haraki ini supaya kita benci ulama telah berjaya. Sama juga
jika kita jadi benci kepada Khalid Samad atau Dr Hatta atau Husam
Musa...yang menjadi ikon golongan professional dalam PAS.
Kita pun maklum UMNO telah berusaha pada PRU13 yang lepas untuk membunuh kerjaya politik ketiga YB ini.
Kita pun maklum UMNO telah berusaha pada PRU13 yang lepas untuk membunuh kerjaya politik ketiga YB ini.
Tapi UMNO gagal.
Mungkin jika ada barua dalam PAS yang boleh membantu UMNO, demer
memiliki "endless possibilities" untuk berjaya. Dengan itu kedudukan
YB-YB yang dipilih rakyat ini akan tergugat.
Malangnya hari ini demer digugat oleh ahli parti sendiri. At least,
musuh-musuh itu berlagak macam ahli jemaah. Lihat cover facebook
berkenaan:
FACEBOOK PENYAMAR? |
Setiap kali El Haraki menulis, isi kandungannya langsung tidak ada roh
Islam kerana wujudnya unsur-unsur fitnah, seperti contoh di atas. Takkan
begitu sikap ulama? Bukankah ulama sering melafazkan kata "rapatkah
saf" dan bekerjasama?
Tak masuk akal.
Tak masuk akal.
Jadi Yong setuju dengan Tulang Besi, bahawa admin El Haraki itu
"suspicious" atau meragukan dan dalam bahasa Tulang Besi, "barua" UMNO.
Yong juga sependapat dengan blogger amenoworld. Kita harus berhati-hati.
Semakin hampir Muktamar, semakin giat makhluk yang sama spesis dengan
Al-Sisi beroperasi memecahbelahkan PAS. Baca amenoworld di sini.
Ulama dan professional sepatutnya "complement each other" atau saling
melengkapi. Tiada siapa yang untung jika PAS berpecah, kecuali UMNO.
0 orang berkata:
Post a Comment