Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUA-DUA OGHANG UTAGHA, SATU DARI INDIA SATU DARI PADANG PASIR

Saturday, August 24, 2013

Mengapa Pak Lah tidak akan jawab serangan Dr Mahathir? - The Malaysian Insider

Panas!! Mahathir tak penting dalam hidupnya kata Pak Lah! 

 



"Kita akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit.

Mengapa Pak Lah tidak akan jawab serangan Dr Mahathir? - The Malaysian Insider

Dalam banyak-banyak persoalan dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) dalam blognya semalam, yang paling menyakitkan hati ialah: siapa hilang lima negeri kepada pembangkang?

Tetapi, jangan harap serangan balas dari Abdullah. Pada ketika penyokongnya dalam Umno dan pembangkang mengharapkan perang mulut besar-besaran antara dua bekas perdana menteri itu, Abdullah mungkin tidak akan membalas.

Beliau memberitahu rakan-rakan, Dr Mahathir tidak penting dalam hidupnya dan walaupun didesak penyokong, Abdullah tidak berminat untuk menyerang kembali. Kenyataan lanjut mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir akan terdapat dalam memoir yang dijangka berada di pasaran tahun depan.

Realitinya, Dr Mahathir tidak boleh menyakitkan hati Abdullah mengenai prestasi buruk dalam pilihan raya berbanding apa yang Abdullah lakukan terhadap dirinya.

Pembantu dan rakan Abdullah memberitahu, bekas perdana menteri itu sering kali mengulangi bercakap mengenai keputusan Pilihan Raya 2008.

Beliau tahu rakyat Malaysia memberikannya mandat terbesar dalam sejarah semasa pilihan raya pertama sebagai perdana menteri pada 2004 kerana sudah muak dengan Dr Mahathir.

Abdullah masih lagi kesal kerana gagal menggunakan mandat besarnya untuk membersihkan Malaysia daripada barah zaman Dr Mahathir: rasuah berleluasa, kegagalan penswastaan, politik wang dalam Umno, pentadbiran lemah, kemusnahan institusi negara termasuk kehakiman dan polis.

Di sebalik cabaran untuk melakukan perubahan, beliau ditekan oleh golongan konservatif Umno dan dihukum rakyat Malaysia dalam pilihan raya 2008 – kehilangan Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kepada Pakatan Rakyat (PR) selain majoriti tradisi Parlimen gabungan dipimpinnya buat pertama kali dalam sejarah.

Jadi, tidak banyak boleh dilakukan Dr Mahathir dalam tulisan di blognya untuk menyakitkan lagi hati Abdullah.

Tulisan Dr Mahathir di blognya sebagai respon kepada komen Abdullah dalam buku bertajuk, “Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia”, mengenai hubungannya dengan perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Dalam buku yang menghimpunkan koleksi rencana dan wawancara, Abdullah mengatakan jika beliau tunduk kepada tekanan Dr Mahathir untuk meneruskan projek mega, negara akan jatuh bangkrap.

Beliau turut menyatakan pemimpin yang sudah bersara lebih baik senyap dan biarkan pengganti untuk memimpin dan mengubah polisi.

Selepas buku itu keluar, hanya menunggu masa bila Dr Mahathir akan respon. Beliau akhirnya melakukannya semalam dengan komen sinis.

"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan menamakan beberapa projek mega yang dilaksanakannya, seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas.

"Kita akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit.

"Kerajaan yang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya.

"Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata Dr Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum memilih Abdullah sebagai pengganti.

Beliau turut menyelar Abdullah kerana membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura dan projek kereta api landasan berkembar. Jambatan bengkok dibatalkan selepas Peguam Negara menyatakan sesetengah perjanjian dengan Singapura menghalang Malaysia daripada sebarang tindakan unilateral membina jambatan.

Keputusan Abdullah untuk tidak memberikan respon dialu-alukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dalam beberapa mesyuarat bersama pemimpin Umno yang tidak berpuas hati menjelaskan bagaimana perang terbuka antara dua mentornya akan menyukarkan lagi keadaan politik yang sudah mencabar.

Bukan semua bersetuju dengan pandangan Najib itu dengan salah seorang dari “warlord” Umno Pulau Pinang menyatakan Abdullah berhak menjawab kembali selepas diserang secara berterusan oleh Dr Mahathir sejak 2006.

Tiada jaminan keenganan Abdullah untuk menjawab tulisan blog Dr Mahathir akan menyebabkan perdamaian antara dua bekas perdana menteri itu.

Sebelum buku mengenai pentadbiran Abdullah itu ditrbitkan, Dr Mahathir menyalahkan Abdullah kerana membuka ruang demokrasi dan membenarkan keterbukaan, menyebabkan pembangkang menguatkan kedudukan mereka.

Baginya, komen Abdullah dalam buku itu bukan sahaja mengenai serangan balas terhadapnya, tetapi mempersoalkan projek mega dan legasi sebagai orang yang bertanggungjawab membina Malaysia moden. Lebih parah lagi, komen Abdullah sebagai bekas Presiden Umno dan perdana menteri memberikan kesan besar mengenai keborosan kewangannya.

Setakat ini, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli politik pembangkang menyalahkan Dr Mahathir kerana membazir wang untuk projek meganya.

Seperti yang dikatakan Ooi Kee Beng, timbalan pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara dalam buku itu: “Projek yang beliau mulakan berdasarkan imiginasi hebatnya tidak semestinya baik untuk negara, masih terdapat kesan buruk ditinggalkan Mahathir dan apa yang Abdullah faham, tiada permaidani besar untuk menyorokkan masalah ini.” – 23 Ogos, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.