04 Ogos, 2013
Mamat Ni Desak Lim Guan Eng Letak Jawatan? Kenali Mamat Ni..
GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng bertanggungjawab untuk mengadakan semula
pemilihan pucuk pimpinan tertinggi (CEC) parti itu sebagai menghormati
keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 30 Julai lalu.
Presidennya, Rahman Isahak meminta Guan Eng mengaku akauntabiliti dan
bertanggungjawab ke atas segala manipulasi proses pengundian yang
berlaku pada 15 Disember lalu.
Menurutnya, keputusan muktamad dari ROS perlu dihormati oleh Guan Eng dengan mengadakan semula pemilihan pucuk pimpinan parti.“Ini disebabkan keputusan yang diputuskan oleh ROS adalah berdasarkan aduan yang berasas.
“Jika gagal bertanggungjawab untuk mengendalikan satu pemilihan parti
yang jujur, telus, bebas dan adil sekali lagi. Guan Eng seharusnya
meletak jawatan serta merta,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Sebagai rakyat Pulau Pinang, beliau meminta Guan Eng memberi penjelasan
dakwaan mengenai kehadiran 547 perwakilan haram pada pemilihan parti
tahun lalu sehingga menimbulkan kecurigaan dalam kalangan ahli DAP.
“Saya meminta penjelasan ini sebagai rakyat Pulau Pinang kerana DAP
menjadi pemegang kerusi majoriti dalam pemerintahan negeri ini.
“Guan Eng yang juga Ketua Menteri perlu memberi penjelasan mengenai
dakwaan bahawa perwakilan haram dipercayai mengundi enam calon tertentu
bukan 20 calon yang lain semasa pemilihan tempoh hari,” katanya.
Menurutnya, desakan agar Guan Eng melepaskan jawatan Setiausaha Agung
parti adalah satu tindakan yang munasabah.“Pemilihan semula boleh
membuktikan aspek ketelusan dan keadilan serta mengembalikan kredibiliti
DAP dalam kalangan masyarakat umum.
“Saya minta Guan Eng mengamalkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus
(CAT) dalam DAP seperti yang digunapakai dalam urus tadbir kerajaan
negeri,” katanya. ~sinar harian
0 orang berkata:
Post a Comment