Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1MDB RCI PERLU DITUBUHKAN


Pas puas hati sesi meja bulat 1MDB

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
 
KUALA LUMPUR - Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.

"Apabila aset itu diambil kementerian, kita bimbang ia akan cetuskan masalah baharu jika tak dikawal. Kita harap isu sebegini mesti dipantau terus melalui parlimen.

"Kementerian Kewangan dan menterinya perlu laporkan pada parlimen supaya ahli-ahli parlimen dapat ikut setiap perkembangan," katanya kepada pemberita pada  sidang media selepas sesi meja bulat Pas mengenai isu 1MDB, di sini, hari ini.

Selain Arul Kanda, meja bulat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa wakil dari universiti tempatan.

Tuan Ibrahim berkata, 1MDB juga perlu diberi peluang untuk selesaikan semua hutang yang ditanggung.

"Kelewatan menjelaskan hutang menyebabkan kadar faedah terus bertambah. Untuk faedah sahaja telah mencecah US$1.9 bilion setahun. 

"Bagi kita, pelan rasionalisasi 1MDB berada di landasan betul. Kita harap tiada campur tangan politik yang menggangu pelan dikemukakan Arul itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pas tetap dengan cadangannya sebelum ini agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB.

"Dengan penuh rasa hormat kepada semua agensi penguatkuasaan di negara ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara, kita lihat RCI perlu ditubuhkan juga.

"Ia sebagai jalan keluar kemelut 1MDB di mana kerajaan perlu ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Dalam masa sama negara tidak terbeban dengan hutang yang dibuat oleh 1MDB," katanya.

9 orang berkata:

Anonymous said...

PAS bukan sekadar pandai berhujah tapi bijak dlm tindakan.

Anonymous said...

Ini baru betul. Bersemuka dan usaha memahami sesuatu isu dgn betul dan mendengar daripada pihak yg terlibat secara langsung. Jgn jadi seperti baruah2 dap dan mat sabu sikhalwat bini kawan sendiri,,yg suka menabur fitnah dan syok2 sorang di gelanggang,,jagoan kampong. Main tembak, apa yg didengar,,tanpa diperiksa kesahihan seseuatu berita, kredebiliti pihak yg menyebar berita seperti SR tidak diperiksa. Yang tahu,,menuduh tanpa bukti. Paksa org cerdik mcm kami untuk percaya,,kita tanya bukti,,dia senyap....memang patut sangat diorang berambus daripada pas dan sesuai sangat jadi baruah2 kapir laknatullah lgelks.

Anonymous said...

Anon 0820 puak Pigs dan umNGOK

Anonymous said...

PANDAI, CERDIK DAN BIJAK SANGATLAH.... YANG BETULNAYA BODOH SOMBONG... SINGAPURA DAH AMBIL TINDAKAN DAN PENJARAKAN RAKYATNYA YANG TERLIBAT DENGAN PENYELEWENGAN DALAM SKANDAL 1MDB...ITUPUN PERCAYA DAN PUAS HATI DENGAN CAKAP CAKAP SIBOTAK TU.....ALLAH MAHA MENGETAHUI

Anonymous said...

Pas dah puas hati dengan 1mdb. Alhamdulillah.
Ahli pas boleh undi umno.

Anonymous said...

Pas tolong la. Jangan lawan umno dan bn. Biarlah kita bersatu lawan pakaton one by one. Bila pas masuk calon, umno bn pulak bantu pas. Biar pakaton tertonggeng.

Anonymous said...

Assalamualaikum tn hj tuan man.
Macamana 1mdb nak bayar hutang? Dia nak pakai duit apa?

Anonymous said...

Mintak maaf tn hj, sebenarnya berapa bilion untung 1mdb dlm 6 bulan tahun ni? Boleh cover hutang tak?

Anonymous said...

1MDB ni berniaga buluh kasap, untung entah kemana , modal lesap

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.