Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADAKAH YANG TERINGIN NAK PANGGIL PARTI LONGKANG ?

RCI Memali: Amanah sedia ke depan jika dipanggil



0

Presiden Amanah, Mohamad Sabu
Mohamad Sabu


(Ubah saiz teks) 
 

SELAYANG – Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi kerjasama jika dipanggil selepas tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung peristiwa Memali.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, persetujuan itu diambil memandangkan kebanyakan ahli parti itu adalah bekas ahli Pas yang sebelum ini kuat memperjuangkan peristiwa tersebut.

“Kami akan memberi kerjasama, jika dipanggillah. Kalau tidak, tak adalah. RCI ini adalah penentu segala-galanya. Tetapi kami harap, ia bukan polemik sahaja,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, RCI adalah medium terbaik untuk menjawab segala persoalan mengenai peristiwa Memali yang sudah lebih 30 tahun berlaku.

Ketika diminta mengulas mengenai, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab memandangkan beliau adalah perdana menteri ketika itu, Mohamad enggan mengulas lanjut.

“Tunggulah keputusan RCI. Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mahupun andaian,” katanya.

Mohamad turut berkata, pada masa ini hanya Amanah yang menyatakan persetujuan RCI ditubuhkan, namun perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk perbincangan lanjut.

“Kami berharap, RCI tidak hanya tertumpu untuk Memali tetapi juga untuk isu-isu yang sedang berlaku pada masa kini seperti Felda, 1Malaysia Development Berhad dan lain-lain lagi,” katanya.

“Jangan jadikan (RCI) ini sebagai bahan politik pemerintah sahaja. Banyak lagi isu-isu besar yang harus disiasat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, penubuhan RCI untuk peristiwa Memali adalah wajar memandangkan isu itu sudah lama tidur.

“Saya sangat bersetuju dengan RCI ini. Dah lama sangat ia ‘tidur’. Pada ketika itu juga, saya telah dituduh oleh keluarga mangsa Memali kerana mengatakan saya sengaja mempolitikkan isu ini.

“Cuma, pada ketika ini, mengapa dibangkitkan isu ini. Semasa saya bersama Pas dulu, kami selalu memperingati peristiwa itu. Selepas 30 tahun, tiba-tiba nak buat RCI hanya kerana Mahathir sudah tidak bersama kerajaan,” katanya.

Jelasnya, RCI adalah forum terbaik untuk menjernihkan keadaan apabila semua pihak diadili.
“Jika ia dibiarkan, ia tidak akan menyelesaikan isu hanya senjata politik sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang turut berada dalam sidang media itu berkata, biar apa juga keputusan RCI, mereka teguh untuk berjuang menjatuhkan BN.

“Sama ada bersama Mahathir atau pun tidak, perjuangan kita tetap jatuhkan kerajaan yang kleptokrat.

“Ia adalah sebagai siasatan yang boleh membantu membetulkan apa yang tidak pada ketika itu. 

Kerana itu, kami semua bersetuju agar ia ditubuhkan dan semua harus disiasat secara adil,” katanya.

Sebelum ini, Pas menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa RCI dibentuk bagi mengkaji tragedi Memali.

Pas mendesak supaya RCI diwujudkan bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah.

11 orang berkata:

Anonymous said...

RCI Memali wajib panggil Lebai Hadi Mulut Longkang yang menghasut ahli PIS dengan Amanat Hadi untuk angkat senjata lawan Kerajaan Malaysia. Bapak Syiah Malaya ni patut dipulihkan aqidah, kalau tidak lepas ni akan ada lagi yg terpedaya dgn Lebai Hadi ni. Pak Karam ni salah sorang yg terpedaya dengan Lebai Hadi, dirumah dia ada tergantung gambar Ayatollah Hadi bersama amanat.

IrWrWs said...

Rasa2 umno pernah buat tuduhan yg sama sebelum ni.. tapi sekarang diulang2 pula oleh pan.. ni pasti pan nak ganti umno!

Ataupun pan nak up balik jadi lebih drpd 1%.. ntahlaa..

Anonymous said...

Ayat u turn.
Sejarah dimana pas ishtihar perang dengan Yang Dipertuan Agong
Tubuhkan RCI. Tangkap dan humban siapa yang bersalah!

Anonymous said...

Musa Hitam sehari selepas tragedi itu yang mendakwa polis diserang hendap dan menyebabkan kematian seorang sarjan dan seorang inspektor, selain seorang konstabel cedera parah.

“Yang jelas ialah polis yang terbunuh dahulu, kerana pengikut Ibrahim berjihad kononnya,”

Jelas dan Padat

IrWrWs said...

So kalau macam tu tun m tak salahlah.. pas lah yg salah.. eee tak sabarnya tunggu RCI.. keh keh

Anonymous said...

Tahniah kpd parti pencacai dap kerana sudi beri kerjasama kpd rci memalu. Solaheddin sblm ini mempertikai usaha dan gesaan pas supaya kerajaan tubuh rci. Dakwa solahuddin, pas nak raih simpati ( bodoh betul solahudin ni,,pas nak keadilan kpd mangsa). Pan mungkin rasa tembelang mereka dah diketahui org ramai. Dulu ketika bersama pas dan solahudin selaku ketua pemuda pas, baliau diantara yg lantang dlm isu memali,,tp hari ini oleh kerana tun bersama ph, maka nada dia sudah berbeza,,munafiq la senang cite. Jadi,,bila rakyat tahu sikap flip flop pan,,sekarang nak bagi kerjasama pulak. Apa pun terimakasih,,moga pihak yg menzalimi rakyat kampung memali terutama tun m dan umno ketika itu yg menjadi pemerintah mesti ambik tanggungjawab menegakkan keadilan.

Anonymous said...

Baca kertas putih mamali. Amanat tu memang ada digantung dekat gambar ketua syiah sesat dunia. Dlm youtube lagi jelas.

Anonymous said...

Polis itu suhaha sbb terkorban semasa jalankan tugas menentang ajaran sesat

Anonymous said...

Mat sabu dan AYAH KANDUNG DIA ada banyak maklumat. Mereka perku dipanggil dlm rci pas ini

Anonymous said...

Sangay setuju Mat sabu dipanggil bagi keterangan RCI... utk penjelasan psl gambar syiah tuh...huhuhu

IrWrWs said...

Setuju!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.