'Kalau Azmin sertai Pas, barulah boleh runding'
KUALA LUMPUR - Pas kekal dengan pendirian tidak akan mengadakan
sebarang bekerjasama politik dengan PKR, khususnya dalam menghadapi
PRU14.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali
berkata, tindakan itu selaras dengan keputusan dan strategi parti itu
yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak pada Mei lalu.
Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali bahawa parti itu bersedia membuka pintu untuk berunding bersama Pas
dianggap sebagai satu usahanya sahaja.
"Kita masih tetap dengan strategi kita. Kecuali apabila beliau (Mohamed
Azmin) keluar PKR dan sertai Pas, barulah kita boleh bincang dan
bekerjasama," katanya pada sidang media selepas program Munaqasyah
Ucapan Dasar Presiden Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, masih belum terlambat untuk Pas dan PKR berunding demi masa depan bersama.
Sementara itu, mengulas berhubung Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta
Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164],
beliau berkata Pas konsisten menentangnya.
"Tindakan kita yang seterusnya adalah mengemukakan resolusi dan
cadangan kita kepada menteri berkaitan iaitu Datuk Seri Azalina Othman
Said dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kita juga akan bertemu secara
rasmi mereka berdua pada Isnin nanti," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas juga akan melibatkan beberapa
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa isu itu lebih jauh kepada
pihak berkepentingan seperti Majlis Raja-raja.
"Selain itu kita juga menggerakkan masyarakat untuk memahami isu ini supaya dapat bersama dengan kami.
"Perjuangan ini bukan hanya pandangan Pas, tapi juga NGO Islam bahawa
pindaan Akta 164 adalah pindaan yang bercanggah dengan Perlembangaan dan
peruntukan udang-undang sedia ada," katanya.
Beliau turut mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk melihat kembali perkara ini daripada pelbagai sudut.
"Jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak berkepentingan
termasuklah orang Islam dan bukan Islam, kerajaan dan Majlis Raja-raja.
"Ini dapat memastikan supaya apa yang dirumuskan lebih harmoni dan
tidak bercanggah dengan Perlembangaan dan menguntungkan semua pihak,"
katanya.
18 orang berkata:
Pas ni betul2 anggap mcm dah hebat je..
Tak sabar nak tunggu pru 14
On' atau Off'
Apa lagi Min. Ko boleh belah masuk pas. Ajak geng2 ko sekali.
Elok juga klu azmin masuk pas. Klu duduk kat pkr pun org pkr tak undi dia dah.
Peluang baik untuk azmin tu. Pas dah offer tu. Boleh ganti hj hadi sebagai presiden pas. Tak pun jadi mursidul am atau presiden majlis ulamak pas. Bukan senang nak dapat offer mcm ni
Lompat aje la yb. Rugi kalau tak lompat.
Kecewa nampak.. keh keh
tak faham lah dengan ustaz q7 ni, kalau dia dah masuk pas nak runding apa....tentu dia ikut apa kata pemimpin pas... adus .... macam mana lah ada spesis macam ni...dah makan ubat ke belum...
Sebab tu aku pernah kata org pan ni iq agak rendah..bahasa berlapik (tidak setuju) pun tak boleh faham.. tu belum perkara2 yg lebih berat lagi..
Bukan bahasa berlapik. Itu bahasa bodoh! Statement orang xde akal. Faham!
1% je yg sokong org takde akal sekarang ni..
tak payah la tunjukkan kebodohan korang tu wahai penyokong PH...kalau bahasa cam tu tak leh nak paham, mmg sah la iq rendah, kena mkn kismis minda bnyk2..kkk
makan ubat cepat
X kecewa. Serius ni. Axmin memang lebih sesuai masuk pas. Ajaklah geng masuk sekali
Rujukan ada?
Harakah?
Alhamdulillah.
Azmin dan geng2 boleh masuk pas.
Lagi cepat lagi bagus.
lebih cepat PH bungkus...
So masih tak tahu ke sumber mana? Kalau otak dah tinggal 1% memang lambat pick up bro!
qzz0529
ugg outlet
prada handbags
giuseppe zanotti outlet
ugg outlet
furla handbags
cheap jordans
swarovski outlet
wizards jerseys
michael kors handbags
bally shoes
Post a Comment