HAIWAN YANG TIDAK TAHU HUKUM AGAMA LALU MEMBURUKKAN KEADILAN DI DALAM ISLAM
-Pak Karamu-
Isu Memali: Bukan masa bincang sejarah
IPOH - Amanah beranggapan isu Memali yang dibangkitkan Pas bukanlah isu penting yang harus dibincangkan pada masakini.
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, isu Memali sudah menjadi
sejarah dan tumpun kini perlu terarah kepada perkara yang lebih besar
dari itu.
Beliau berkata, usaha memenangi PRU14 harus diberikan perhatian
sewajarnya kerana peluang untuk memenangi pilihan raya dan mengubah
kerajaan tidak datang selalu.
"Islam mengajar kita melupakan apa yang telah menjadi sejarah. Kita
kena bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku sekarang. Jadi jika
terus membincangkan sejarah sehingga kita terlepas kapal, ia menjadi
salah satu perkara yang salah.
"Sejarah boleh dibincangkan selepas (PRU14) ini. Tetapi peluang untuk
tukar kerajaan datang sekali. Sekarang adalah masa pilihan raya untuk
menentukan masa depan negara bukan masa untuk bincang sejarah yang lalu.
Sejarah lalu adalah subjektif," katanya kepada pemberita ketika sidang
media selepas merasmikan Konvensyen Kali Kedua Amanah Perak di sebuah
hotel, di sini, hari ini.
Husam berkata demikian ketika diminta mengulas isu Memali yang hangat
diperkatakan sejak akhir-akhir ini dengan desakan agar siasatan semula
dibuat mengenai peristiwa berdarah itu.
Katanya, insiden Memali itu merupakan peristiwa yang tidak dijangka
berlaku dengan niat untuk membunuh sekaligus mengorbankan beberapa
individu termasuk Ibrahim Libya.
"Saya berpendapat tidak ada pihak yang betul-betul ada motif untuk
pergi menembak dan membunuh as-syahid Ibrahim Libya. Tun Dr Mahathir
tidak beri arahan kepada Tun Musa (Hitam), Tun Musa pun tidak ada arahan
kepada polis untuk menembak. Ia adalah satu insiden yang tidak ada niat
untuk perlakuan itu berlaku.
"Jadi kalau kita letakkan beban ini kepada pihak tertentu kerana sebab
politik semata-mata, ia adalah satu sikap yang salah," katanya.
18 orang berkata:
So wahai pan aka barua dap, harap maklum apa yg boss korang cakap.. lupakan sejarah memali.. tapi aku cuma nak suruh kerajaan najib buat RCI jugak..
Buat rci tabung balu dan anak yatim sekali
Dah jadi sejarah. Org2 tu dah mati syahid kan. Kenapa nak tu rci utk org yg dah mati syahid
Macam2 ada. Ada syahid. Ada gambar ayatollah khomeini. Ada tabung. Ada toyol curi tabung. Ada yg nak rci.
Setuju dah jadi sejarah. Boleh masuk dalam buku zejarah upsr
Mamali tak ada kena mengena dgn hukum agama. Ia lebih pada jenayah toyol menggelapkan duit tabung.
Cerita murahan lobai nak tarik undi org umno. He2
Wan...kalau free tu lawatlah balu2 para syuhada mamali tu sementara mereka masih hidup. Kita dengar mereka hidup merempat dan tak dapat bantuan tabung mamali yg dikutip tu. Tak baik kita biarkan balu para syuhada dalam keadaan miskin dan terbiar macam tu lebih2 lagi mereka tu ahli pas. Kalau boleh ajak sekali hj hadi, nik abduh, zuhdi velfire, q7, range rover dan pakkaramu sekali. Bila ada gst ni hidup mereka lagi merempat. Datang jenguklah dan hulurlah duit untuk balu2 syuhada itu.
Boleh kan wan...jangan cakap je mcm guruh. Nak bantu tak nak.
Ha ha...huse batu asas,, sekali bersuara je,,terasa jelas sekali kebodohannya. Jika duk diam tu,,nampak mcm cerdik je....he he. Jadi,,segala salah laku umno tu,,lupakan saja lah,,1mdb, msic, perwaja. Oh ya,,isu presiden korang khalwat bini org tu...padanlah korang buat dek je...sejarah. Biarkan je. Org kedah kata kpd manusia bodoh mcm huse ni.." Pekak Wailun"...kah kah....
Alhamdulillah kini pas terus berdiri teguh bersama para pejuang islam.. kes memali tetap jadi ingatan.. pandai2lah tun nak jawab di akhirat nanti..
Betul ke mangsa memali tu shahid?
Bila ada prk atau pru aje baru aku ada dengar peristiwa memali diingati dan dilaung2. Bila tak ada pru prk, semua ingat kat balak.
Berul tu.. syukurlah pas baru dapat pengiktirafan ISO 2008 mengenai pengurusan balak terbaek negara tahun 2016.. penang tak dapek ni..
Mungkin kaki rembat balak kut tu..
Terbukti Huse ni ahli politik beruk sarkas....berbelit2 utk dpt sokongan...sampai penjenayah forex, memali etc pun nak di"suci". PAN oh PAN...apa dah jadi pd otak korang nih?
apa yang kita kata kat orang satu hari nanti akan balik kepada kita
Kan 1% je.. kalau otak dia ada 100 idea.. satu je yg boleh pakai.. inilah yg terjadi pd otak mereka2 itu..
zzzzz2018.6.4
basket nike femme
air jordan uk
mbt shoes outlet
kate spade outlet
golden state warriors jerseys
moncler outlet
ed hardy uk
coach outlet
pandora
true religion outlet store
Post a Comment