AMK kecam penahanan ahli PKR
PERMATANG PAUH - AMK mengecam penahanan 16 ahli PKR Pulau Pinang oleh pihak polis, pagi tadi.
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh, Mohd Sharmizan Mohd Noor berkata,
mereka yang terlibat sekadar mengadakan 'flash mob' aman menyambut
kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Politeknik Seberang Perai.
"AMK Permatang Pauh melihat tindakan ini tidak mencerminkan demokrasi yang sihat diamalkan oleh pemerintah kerajaan Umno-BN.
"Anak muda Pulau Pinang dan aktivis Keadilan ini berkumpul secara aman
dan tidak menimbulkan kekacauan atau ancaman kepada acara program
tersebut," katanya.
Terdahulu, seramai 18 individu ditahan polis ketika sedang berkumpul
bagi mengadakan 'flash mob' di hadapan Politeknik Seberang Perai pagi
tadi.
Mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk proses pendokumentasian.
Kesemua suspek yang ditahan kemudiannya dibebaskan setelah proses dokumentasi dilakukan.
2 orang berkata:
Tangkap je sumbat kat jel.
sumbat bontot kau
Post a Comment