Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HA,HA,HA, NI BARU MUKADDIMAH, WOIT ? SYAITAN ! NANTI TOLONG PANGGIL HADI JADI SAKSI, OK ?

CANTIKNYA KANDUNGAN MUSTIKA HADIS OLEH JPM

ADA MANA-MANA SYAITAN NAK KOMEN ?

 

-Pak Karamu-

 

Peristiwa Memali: Akibat menghina Islam



Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang


(Ubah saiz teks) 
 

FIRMAN ALLAH: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: Patutkah nama ALLAH dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (Surah At-Taubah: 65)

Al-Quran mendedahkan adanya kalangan manusia yang menjadikan ALLAH S.W.T, ayat-ayat dan para Rasul-Nya sebagai bahan gurauan sama ada bertujuan menghina atau bergurau untuk berjenaka. Islam mengharamkan perbuatan ini kerana boleh merosakkan iman seseorang sekiranya berdegil dan angkuh, melainkan kerana kejahilannya.

Ramai kalangan rakyat masih tidak lupa apabila hukum Islam dan Sunnah Rasulullah S.A.W menjadi bahan gelak ketawa pada satu masa dahulu, seperti kata-kata kalau hukum jenayah Islam dilaksanakan menyebabkan ramai orang yang cacat anggota, Rasulullah S.A.W tidak mencukur janggut kerana di zamannya tidak ada pisau pencukur yang berjenama seperti hari ini dan menutup aurat hanyalah adat orang Arab yang kuat nafsu di padang pasir.

Ada yang lebih ekstrem sehingga menolak hadis secara total, walaupun ianya merupakan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam beramal dengan Al-Quran yang dinaskan di dalam kitab suci itu. Bahagian Agama Islam Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan buku bertajuk “Mustika Hadis” dan terkandung satu bab daripadanya menghuraikan perkara tersebut.

Hanya kalangan agamawan yang membaca dan mengkaji, serta mempertahankannya memahami perkara tersebut walaupun dikeluarkan oleh JPM dan Kata Pengantar daripada Almarhum Tun Abdul Razak. 

Adapun yang tidak berminat tanpa peduli, tetapi bercakap juga berkenaan Islam, maka berlakulah salah laku terhadap agama Islam yang mulia.

Ustaz Ibrahim Mahmod adalah lulusan pengajian tinggi jurusan agama dan pernah bertugas di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, bukan seorang yang jahil. Beliau tokoh agama yang tidak bersedia menjadi syaitan bisu apabila mendengar dan membaca kenyataan menghina dan bersenda gurau terhadap Islam yang tidak harus bagi ulama mendiamkan diri.

Mengikut ilmu Maqasid Syariah, salah laku terhadap agama lebih besar daripada salah laku kewangan, kerana Islam meletakkan senarai kewajipan menjaga agama adalah yang pertama, seterusnya adalah menjaga nyawa, akal, keturunan, maruah dan yang terakhir menjaga harta. Semuanya disebut Dharuriyyat, yakni keperluan hidup bagi manusia.

Apabila berlaku pertelingkahan dalam urusan agama, tugasnya bukan anggota polis. Sepatutnya pasukan agamawan yang dihantar berhujah mencari kebenaran, bukannya polis. Ini berpandukan firman ALLAH;
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (para pemimpin dan ulama) daripada kalangan kamu. 

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat. 

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (Surah An-Nisa’: 59)
Sebenarnya, penjelasan kitab Mustika Hadis secara ekstrem, tanpa membezakan di antara yang jahil dan keadaan masyarakat yang jauh daripada pendidikan Islam, maka pimpinan Pas pada masa itu menugaskan saya menyediakan kajian bertajuk “Batas-batas Iman dan Kufur” bagi menangani ahli Pas supaya tidak terperangkap dalam isu kafir mengkafir dengan mudah, disebabkan banyaknya kenyataan menghina hukum Islam oleh penganut Islam sendiri.

Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah laku terhadap Islam oleh pemimpin negara pada masa itu. Polis dipaksa bertindak terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang dihina.

Peristiwa yang menyebabkan berlakunya kematian dan tuduhan jenayah atau ajaran sesat, perlu disiasat secara adil dan bebas demi mencari kebenaran bukannya menegakkan kebatilan dan melibatkan semua pihak yang masih hidup.

Perkara agama Islam pula berada di bawah konsep Raja Berperlembagaan, maka sangat wajar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) supaya siasatan yang bebas dan adil dapat dilaksanakan tanpa prejudis.

Pas bersedia memberi kerjasama bila-bila masa bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu. “Sejahtera Bersama Islam”
*Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Marang. (Kenyataan ini diambil dari Faceook Abdul Hadi)

45 orang berkata:

Anonymous said...

Syaitan hadi yg lafazkan amanat sesat.

IrWrWs said...

Kamu berani hina ulamak tapi tak berani mendedahkan identiti diri.. yg pastinya kamu dari pan.. memang patutlah tinggal hanya 1% sahaja kini keh keh.. hanya Allah yg kenal kamu.. maka kamu pasti tak boleh lari dari penghakiman Allah atas penghinaan ini!

Anonymous said...

Habis tu kenapa dia gantung gambar ayatola khomeni ketua syiah sesat terbesar iran????????

Anonymous said...

Ayah kandung dia tahu segala2nya. Mungkin elok hj hadi jumpa ayah kandung dia dan tanya. Jumpa ayah kandung dia kalau ayah kandung dia masih hidup.

Anonymous said...

Ayah kandung dia ada cakap, mula2 tu dia ajar memang elok. Tapi mula terpesong setelah ada pengaruh sorang "ulamak" dari alor setar.

Itu bapak kandung dia cakap dlm youtube la. Tu yg hj hadi kena kompom kat bapak kandung dia tu...

Anonymous said...

Jangan nak lepas tengkuk sendiri boss. Jangan ingat amanat boss tu bukan salah satu penyebab...Boss kenalah bertanggungjawab. Boss janganlah nak lepas tangan mcm tu je

Anonymous said...

Wan...
Nak kompom sesat atau tidak ko kena jumpa ayah kandung dia. Aku no komen. Dulu aku pun macam ko tapi bila ayah dia cakap macam tu, aku jadi goyang....

Anonymous said...

Org jahat boleh tukar jadi baik. Org baik boleh tukar jadi jahat. Aku tak hairan la

Anonymous said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Tunggu dan lihat blok BN (Umno + MCA + Pas + MIC + Gerakan ) nak tawarkan apa pada negeri Selangor

Anonymous said...

Oleh sebab mangsa yg syahid itu ahli parti kita, jadi kita mesti menpertahankan merekalah.

Anonymous said...

Jika ada orang kata, orang ramai telah rosak maka orang itu sendiri telah rosak (hr Hurairah)

Anonymous said...

Awesome la. Ini yg orang pas nak kot

Anonymous said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik sumber, Straits Times Singapura mendakwa kedua-dua pemimpin Melayu itu “berhubung hampir setiap hari untuk tempoh beberapa bulan”.

Laporan itu juga menyebut bahawa mereka sering berbual dalam telefon selepas Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.

Untuk merampas Selangor, kedua-dua parti itu dilapor memerlukan calon berwibawa untuk memimpin pentadbiran negeri itu.

Anonymous said...

Tahniah Hadi semoga berjaya menawan Selangor.
Tahniah kerana berjaya menempatkan Pas sebagai komponen BN selain MCA , MIC , Gerakkan yang diketuai oleh Umno.

Tahniah. Semoga Kelantan makmur dibawah Barisan Nasional. Amiin

Anonymous said...

walaupn madey bapa rasuah, mahazalim, mahafiraun semalaysia, kerana dia pengerusi pakaton juak2 PH akan mempertahankan sedaya-upaya...politik kong kalikong tul

IrWrWs said...

Terpulang kpd ayah arwah, aku tak mahu komen.. seandainya najib dah pulang ke rahmatullah cuba nanti ko tanya ibu dia pasal sikap najib.. ko rasa nak percaya ke tidak nanti dgn jawapan ibu dia?

IrWrWs said...

Soalan ni kau boleh tanya pd org yg masih hidup.. mat sabu

IrWrWs said...

Aku jangkakan ayah kandung dia org umno.. wallaahualaam..

IrWrWs said...

Lebih baik tanya anak2 murid arwah.. kalau tanya ayah dia macam kau tanya ibu najib nanti bila najib dah arwah.. kau rasa akan percaya ke apa yg ibu najib komen nnti..

IrWrWs said...

Tghh dan najib dah berapa kali nak kena fitnah daa?

Anonymous said...

Inilah politik natang.. oops! Inilah politik matang yg dicanang oleh lebai hadi. Bersenggama diam2 dgn kleptokrat nak rebut negeri kaya rupanyaaa. Sangat matang dan bijak. Tahniah lebai hadi.

Anonymous said...

Kikiki hadi ni ulamak ke? Kalau ulamak apasal lidah bercabang mcm biawak. Ulamak akhir zaman kot; cinta dunia dan wang ringgit, bersekongkol dgn penyangak utk dapat upah.

Anonymous said...

Kau walaunta bahalol. Kau ikut jer cakap hadi mcm unta. Dia deal diam2 dgn najib mana kau nak tau. Sebab tu ramai ahli pas yg miskin tapi pemimpin pakai jubah harga ribu2 ringgit, kereta mewah2. Bodoh, bila pemimpin berbuih mulut keluarkan nas dan dalil kau main angguk jer, senang sangat kena tipu.

Anonymous said...

Sokong Negeri Kelantan dibawah pentadbiran Barisan Nasional.
Kemenangan di Kelantan sangat cerah kerana Pas sebagai ahli komponen baru Barisan Nasional akan memberi laluan mudah.
Syukur. Semoga diberi kemakmuran kepada Rakyat Kelantan. Amiin

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4033] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 870 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Wan...
Ko jumpa bapak dia dan tanya.
Bapak lebih rapat drp pemimpin parti. Bapak ikhlas dan tak main politik

Anonymous said...

Mat sabu kata tanya kat hj hadi

Anonymous said...

Hj hadi pun tak berani jumpa ayah kandung dia kot?

Anonymous said...

Jumpa dan tanya ayah kandung dia dulu. Tanya dia ahli umno ker pas. Jangan main ikut sedap mulut nak lepas tangan. Ayah kandung dia kat memali je, bukan kat tehran

Anonymous said...

Ayah dia rapat dgn dia. Belajar dgn dia jugak jadi anak murid. Ayah dia orang paling rapat dan paling tahu

Anonymous said...

Tak mungkin ayah kandung akan cakap macam tu kalau benda tu tidak berlaku. Ayah kandung dia cakap gitu supaya Allah maafkan dosa anak dia yg dah keluar dari jalan lurus.

Aku rasa la.

Anonymous said...

Biasanya orang gantung gambar seseorang ketua tu kalau dia suka, dia anak murid, dia jadi ikutan, dia ikon, dia orang rujukan...

Kalau kita tak suka, atau kita tentang, kita tak akan gantung gambar dia.

Tak caya ke wan? Cuba ko gantung gambar ayatola komini kat dinding rumah ko. Nak tak?

Anonymous said...

Masa keja dgn kejaan dulu ada tak dia gantung gambar ayatola komini ketua syiah sesat tu?

Anonymous said...

Nak lepaskan tengkuk sendiri memang senang. Cuma perlu cakap "ayah dia umno". Ada iras2 ananat bosss kamu.

Anonymous said...

Tanya polis yg terlibat lagi tepat. Rujuk kertas putih yg sudah dikeluarkan.

Anonymous said...

Jawapan paling mudah untuk lepaskan tengkuk sendiri ialah "hadi dan najib kena fitnah".

Anonymous said...

Kalau tak betul najib mesti akan nafikan. Zahid akan tolong nafikan.

Tapi mereka tak nafikan pun. Hadi pun tak nafikan. Zuhdi dan wan je nafikan

Anonymous said...

Bulat2 semua walaunta kena kencin bosss

Anonymous said...

Sokong.
Biar pakatun dan pas reput jadi tukun

Anonymous said...

Kalu nak maju, nak duit petroleum, nak mrt, nak lebuh raya, kenalah undi umno bn.

Kalu nak terus makan nasi beras hancur dgn budu teruskanlah undi pas atau pakatun

Anonymous said...

Mengelabah berok puak2 PH dgn RCI memali, takut ayahda Madey kena jel la tu....apa2 pun biar panel RCI yg siasat, nak tau gak Madey bersalah ke idak...

Anonymous said...

Setuju. Kita pun nak tau jugak amanat hj hadi tu jadi penyebab ke idak...kita pun nak tau dia tu syiah ke idak sbb gantung gambar pemimpin agong syiah tehran.... Kalau syiah memang patut kena hapuskan sbb sesat

Anonymous said...

Merayu2 hj hadi merepek kat facebook milik kafir harbi sbb nak semua org percaya kat tulisan dia. Kisah madey dgn cukur janggut pun kasi masuk dlm isu memali.


Kesian betul aku kat hj hadi. Tu la mulut cabul kuar amanat buat hapa. Sekarang hj hadi kena jawab kat akhirat besok.

IrWrWs said...

Kalu nak kesian, kesian kan lah pd tun m.. dia dah gelabah kini sebab dia dah cuba avoid rci sejak masa dia pm.. dia tak berani masa tu sebab tun musa dah bocorkan yg pm ada dlm negara masa tu..

Unknown said...

20171110 junda
air max 1
marc jacobs outlet
kate spade outlet online
chicago blackhawks jerseys
cheap basketball shoes
canada goose coats
uggs outlet
ugg boots black friday
burberry outlet
ralph lauren

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.