SALAH SIAPA JIKA MEREKA BERFAHAMAN ATEIS ?
BERFAHAMAN ATEIS BERMAKSUD AKIDAH MEREKA SUDAH ROSAK.
MUNGKIN IBU BAPA MEREKA JUGA TELAH ROSAK AKIDAH
PEHAK BERWAJIB PULA TIDAK PEDULIKAN LAGI SUBJEK AKIDAH DI PUSAT-PUSAT PENGAJIAN
DI SURAU MASJID ILMU AKIDAH SUDAH HANCUR LEBUR
PENDAKWAH JUGA TIDAK BERMINAT DENGAN ILMU AKIDAH SEBABDIKATAKAN SERING SESAT
FAHAMAN WAHABI PULA BERSEPAH,
TANGGUNG LAAAA !
-Pak Karamu-
Bendung ateis sebelum terlambat: Mufti
SEREMBAN - Tindakan segera perlu diambil untuk membendung penularan
fahaman ateis yang menolak kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan, bagi
memastikan doktrin berkenaan tidak berleluasa di negara ini sehingga di
luar kawalan.
Demikian gesaan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad ketika
mengulas dakwaan berhubung kewujudan sekumpulan individu yang menyertai
perjumpaan sebuah pertubuhan ateis di ibu negara, baru-baru ini.
Kumpulan terbabit dipercayai terdiri dalam kalangan orang Melayu
beragama Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai 'bekas Muslim' dan
cawangan pertubuhan itu di negara ini dikenali dengan nama The Atheist
Republic Consulate of Kuala Lumpur.
"Semua pihak terutama ahli agama dan pihak berkuasa kena main peranan.
Jangan anggap ini situasi terpencil dan boleh dipandang ringan.
"Tapi nampaknya, rata-rata tidak berapa ambil peduli terhadap perkara
ini. Dikhuatiri lagi lama dibiarkan, akan melarat sampai tidak boleh
dibendung kelak," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, sebuah pertubuhan ateis, Atheist
Republic yang berpangkalan di luar negara dikatakan telah mengadakan
perjumpaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Perjumpaan ateis di Kuala Lumpur?]
Gambar mereka dimuat naik di Facebook rasmi Atheist Republic pada 3
Ogos lalu dengan keterangan mengenai kejayaan penganjuran itu dan ahli
berkongsi kisah masing-masing.
Sementara itu, tambah Mohd Yusof, dalam hukum Islam, kata beliau,
individu yang terlibat sepatutnya ditahan dan diminta bertaubat kepada
ALLAH SWT.
"Seandainya masih berdegil, maka individu berkenaan perlu dikenakan hukuman mati. Itu ijma' ulama.
"Memandangkan hukum Islam tidak dapat dijalankan secara 100 peratus di
negara ini, pihak yang mempunyai autoriti perlu buat segala termampu
untuk membendungnya.
"Kaedah fikah ada menyebut iaitu kalau tidak boleh dibuat semua, jangan
pula ditinggalkan semuanya," katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut situasi melibatkan ateis, Mohd Yusof berkata, umat
Islam seharusnya mengambil peringatan daripada pesanan Rasulullah SAW.
"Sabda Baginda SAW yang bermaksud: 'Islam datang dalam keadaan asing.
Dan ia akan kembali asing sebagai mana kedatangannya. Maka beruntunglah
orang-orang yang asing itu'.
"Ini tidak bermakna umat Islam perlu berdiam diri dan pasrah saja dengan apa yang berlaku.
"Sebaliknya pesanan Baginda SAW sebagai peringatan agar kita berwaspada dan bersedia untuk mempertahankan Islam.
"Masalahnya sekarang, ramai lebih bergantung pada politik. Disebabkan
ingin menjaga hati semua pihak, sampaikan sanggup ketepikan agama,"
katanya.
4 orang berkata:
Sokong penuh sohibus samahah datuk mufti n.semb. Tapi, isu ini melibatkan tangkapan dan pendakwaan,,,jadi perlu ada akta. Jika akta sudah ada,,exercise saja. Kpd pihak berkuasa agama dgn bantuan pdrm boleh jalankan kewajipan. Jika tiada akta, maka jabatan agama islam negeri2 kena draf akta dan dibawa kpd menteri berkaitan untk di bahas dan diluluskan di parlimen. Masalahnya,,cakap saja lebih, tindakan terlalu lambat.
pendakwah2 kena banyakkan kuliah bab akidah(ahlusunnah) la.. sebabnya nampak mcm bab feqah dah terlampau banyak sangat,yg bahaya nye sebab wahabi dia nyorokkan dulu bab akidah dia dengan sembang2 feqah dlu la kan.. biase la kan hehe..
sehinggakan orang yg rajin g dgr kuliah feqah pun sampai dia x tau akidah dia(ahlusunnah)sepatutnya ikut mazhab/aliran yg mana hehe..
"eh akidah pun ada mazhab/aliran2nye ke"?hahahaha.. tapi kalo sembang bab politik pokok kelapa sawit pun boleh tombang hehe..
sehinggakan ada yg rajin2 g kuliah feqah,tau2 ikut akidah wahabi hehe..
ye la dok ikut pengajian feqah dari sudut fahaman wahabi, last2 akidah pun ikut wahabi gak ler hehehe.. sampai last dia x sedar hihihi.. wahabi pulak kalo bab sembang memang dia A la, memikat hati budak2 yg beringus, sebab ketrampilan dia nampak bijak berani dan lantang.. walhal pokok agama wajib kena pegang akidah yg benar(ahlusunnah), bukan kena nampak bijak berani dan lantang hehehe..
شركة قمة الدقة للخدمات المنزلية
شركة كشف تسربات المياه بالخبر
شركة تنظيف كنب بالخبر
Ateis ni terdiri antaranya dari golongan lgbt.. cuba teka siapa yg sokong lgbt? BN, GS ataupun PH? Kau rasa?
Post a Comment