Phee Boon Poh ditahan SPRM
GEORGETOWN - Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar,
Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Pulau Pinang kira-kira jam 3 petang tadi.
Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan ketika sedang memberi
keterangan berhubung isu sebuah kilang haram memproses abu kayu ri
Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh yang diserbu semalam.
Peguamnya, RSN Rayer ketika ditemui di luar Kompleks SPRM Pulau Pinang
di Jalan Sultan Ahmad Shah tadi berkata, selepas pegawai SPRM merampas
beberapa dokumen di pejabat Boon Poh di Komtar pagi tadi, anak guamnya
diarahkan hadir ke Pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
"Ketika diambil keterangan, SPRM Pulau Pinang menerima arahan dari
Putrajaya agar menahan Boon Poh untuk siasatan lanjut. Beliau akan
direman dimahkamah esok kira-kira jam 9 pagi.
"Saya ada memohon agar beliau dilepaskan (untuk hari ini), namun SPRM masih mempertimbangkan hal itu," katanya.
Pagi tadi, sepasukan pegawai SPRM menyerbu pejabat Boon Poh di tingkat 54, Komtar kira-kira jam 11.30 pagi.
Lima pegawai SPRM yang berpakaian formal dilihat meninggalkan Komtar
kira-kira 12.55 tengahari dengan membawa dua buah beg dipercayai dokumen
berkaitan kilang haram tersebut.
Dipercayai, serbuan dan penahanan Boon Poh itu ada hubung kait dengan
serbuan SPRM di sebuah kilang haram memproses abu kayu yang dipercayai
telah beroperasi lebih 10 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Permatang
Pauh kelmarin.
Operasi yang diadakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan
Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu dilakukan
selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai pencemaran
alam sekitar yang berlaku daripada aktiviti membakar abu kayu di kilang
itu.
Kilang haram itu didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian.
11 orang berkata:
Siasat je.
Lepas tu habuk pun tarakkk
Lebai barua jo lo lagi teruk. Tak bole pakai.
Ada yg kata Dap baik...rupanya dak.
Tn hj lobai badi bin bawang presiden parti zimbabwe timur tu tak pulak kena serbu sperma. Pandai tn hj simpan berus gigi dlm sorban
Joo loo bila nak serbu?
Jo lo org kata jahat....rupanya baik. Lobai puas hati
Akaun aping bank bila nak serbu?
Aku mana ada kuasa nak serbu...
Tunggulah kalu geng dap menang pru14 baru aku ada kuasa nak serbu
Badi bawang dpt kereta free. Badi bawang baik suka tolong org dpt kontrek. Baik sangat....
Apa kan daya setelah bersusah payah hasilnya cuma 5% sahaja!
Post a Comment