Isu RM230j : Ahmad Zahid sedia disiasat SPRM
BALING - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan
disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung
dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau
mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.
Timbalan perdana menteri menyatakan kerelaan hati untuk disiasat SPRM
bagi membetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan, namun
pada masa sama turut meminta harta bekas perdana menteri dan keluarganya
juga disiasat suruhanjaya tersebut.
“Saya dengan ini terbuka hati dan menawarkan diri untuk disiasat oleh
SPRM demi membetulkan persepsi dan pembohongan yang dilakukan oleh orang
itu (Dr Mahathir). Pada masa sama saya minta aset beliau dan keluarga
beliau juga disiasat SPRM. Ini bukan cabaran, cuma minta… baru namanya
telus. Jangan dok tuduh orang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Baling di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Umno bahagian itu merangkap Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Baru-baru ini Dr Mahathir membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat
Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki
RM230 juta dalam akaun banknya. Bagaimanapun Dr Mahathir menyatakan
beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.
Timbalan perdana menteri menjelaskan pada masa itu beliau merupakan
ahli perniagaan dengan turut menjadi ketua pegawai eksekutif sebuah
syarikat tersenarai awam, pengerusi tiga syarikat tersenarai awam dan
pengerusi Bank Simpanan Nasional.
Sementara itu, Ahmad Zahid menyatakan kesanggupan membuat sumpah laknat
di mana-mana masjid di negara ini sekiranya ada pihak mengatakan beliau
berbohong tentang mempunyai rakaman perbualan Dr Mahathir yang cuba
menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata Dr Mahathir juga perlu sanggup membuat sumpah laknat berhubung tuduhan dilemparkan terhadap dirinya.
"Kalau sumpah laknat saya sanggup buat, beliau pun mesti juga sanggup
buat (sumpah laknat)… dia (Dr Mahathir) patah balik kata saya (dakwa
saya cadangkan untuk jatuhkan Najib)," katanya.
Semalam ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian
Jerlun, Ahmad Zahid mendedahkan bekas presiden Umno itu sebenarnya
dalang disebalik usaha untuk menyingkirkan Najib dan beliau memiliki
cukup bukti dalam bentuk rakaman.-Bernama
8 orang berkata:
pak karamu, nak tahu cerita pasal telor, kalau jalan mengengkang, tandanya telor beso...BURUT, kalau jalan normal tandanya ada telor, kalau jalan ngepet tandanya tak ada telor.... siapa jalan mengepet.....
Nafi saja sudah bersih?
Mcm ni senanglah kerja sprm
PAK KARAMU BAPAK BATU API
Orang bersilat berpeluh2, silap langkah sana sini tapi mahathir relak je....
Hahahaha....
Video mana video?
Jgn kelentong haa
Majoriti rakyat dah tak percaya sumpah laknat sipelacur politik. Lobai dan unta je yg masih percaya
Hahahaha budak mentah nak lawan bekas sifoo. Apa kelas der..
شركة شفط بيارات بالرياض
تسليك مجاري بالرياض
Post a Comment