Nothing To Hide 2.0: Tun M sendirian di atas pentas
SHAH ALAM - Program Nothing To Hide 2.0 untuk mempertemukan Pengerusi
Bersatu Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin
nombor satu negara itu tidak kelihatan.
Program yang baru berlangsung sebentar tadi memperlihatkan Mahathir bersendirian di atas pentas.
Dalam pada itu, menurut moderator program Azhar Harun, pihaknya masih
bersedia menunggu kehadiran perdana menteri dalam program tersebut.
"Kita masih berharap pada setiap masa bahawa beliau akan tiba dan kita akan menyambutnya.
"Pintu sentiasa terbuka untuk beliau, mungkin beliau terlewat sebab
banyak hal pentadbiran negara perlu diuruskan,"' katanya ketika
memulakan ucapan alu-aluan dalam program tersebut.
Dalam pada itu, katanya lagi wakil daripada pihak Armada juga sudah
menyerahkan jemputan rasmi kepada perdana menteri, namun masih belum
mendapat jawapan.
"Sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.
Sementara itu, Mahathir ketika menyampaikan ucapannya beliau berkata,
pihaknya ingin memohon maaf sekiranya sesuatu isu yang diulasnya, hanya
'pandangannya sahaja'.
"Harap ada orang nyatakan kenapa jenayah perlu dirahsiakan. Ia bukan
rahsia sangat ada yang telah baca dalam laporan itu ada jenayah yang
dilakukan oleh pegawai tertinggi MO1.
"Sebab itu beri peluang kepada Najib mungkin ada sebab tertentu
merahsiakan laporan-laporan ini. Malang beliau tak hadir saya, terpaksa
beri pandangan daripada sudut saya. Saya masih berpendapat apa yang
dilakukan itu adalah jenayah," katanya.
Sementara itu dalam program itu, antara pemimpin Pakatan Harapan yang
hadir, Khalid Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Sue Lim, Lim
Guan Eng, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pemimpin lain.
6 orang berkata:
Awat tak jemput tn guru hj dol? Bole tanya dedak 90
Yg dtg pun dua tiga ekor pakatun. Jgn haraplah pakatun nak perintah sgor, penang dan kelantan. Pas dan umno bn akan kerjasama tendang pakatun masuk laut jadi tukun
Haji Dol bercuti. Sedang menikmati syurga dunia.
Ye la tu. Dah jadi barua jolo. Untunglah jolo offer jadi pencuci taik dalam jamban 1mdv. Untung la tak sia2 pakai sorban dan janggut dpt jadi pencuci taik2 jolo dlm 1mdv
Yg x berani datang tu mungkin sbb banyak sgt makan dedak.
Hahaha sedang menikmati bini muda di rumah baru sambil pusing2 naik 4wd free.....
Post a Comment