Beza pendapat punca Rafizi tidak hadir mesyuarat
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Selepas menerima beberapa pandangan susulan cadangan supaya
kebuntuan mengenai kerjasama PKR dan Pas diselesaikan melalui kongres
khas, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengemukakan jawapan balas
terhadap dakwaan tersebut.
Rafizi dalam satu kenyataan berkata, daripada pelbagai pandangan baik
daripada peringkat dalaman parti mahupun luar, ia telah menimbulkan
persoalan dalam kalangan media dan orang ramai.
"Saya membuat keputusan tidak hadir ke mesyuarat biro politik sejak
Ogos 2016, selepas perbezaan pendapat yang berpanjangan sehingga boleh
membantutkan persediaan parti menjelang PRU14," katanya.
Menurutnya, walaupun tidak hadiri mesyuarat biro politik, tidak bermakna beliau tidak mengambil tahu perkembangan parti.
"Saya bermesyuarat dengan presiden, setiausaha agung, pengarah pilihan
raya pada masa yang melibatkan pilihan raya setiap minggu.
"Pada saat-saat menjelang PRU14 ini, saya tidak nampak bagaimana biro
politik atau Majlis Pimpinan Pusat boleh capai persetujuan dalam soal
kerjasama dengan Pas. Jadi cara paling terbaik ialah dengan
menyerahkannya kembali kepada akar umbi melalui kongres khas," katanya.
Mengulas lanjut, beliau juga turut menjelaskan sebab mengapa memilih untuk tidak hadir ke mesyuarat tersebut.
Menurut Rafizi tindakan itu dibuat rentetan beberapa peristiwa dan
perbezaan pendapat, antaranya dalam soal pembahagian kerusi pada pilihan
raya Sarawak, Mei 2016.
"Berlakunya pertembungan tiga penjuru walaupun secara jelas keputusan
biro politik mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi, dan ia
diputuskan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang
ditandatangani sendiri oleh Timbalan Presiden parti," katanya.
Kedua, katanya, tindakan melengah-lengahkan penyertaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Sehingga ke saat akhir, saya terpaksa mengeluarkan Pekeliling
Setiausaha Agung mengarahkan jentera parti turun membantu jentera
Pakatan Harapan, (dari Amanah dan DAP) tanpa menunggu keputusan biro
politik yang tidak kunjung tiba," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim
dipenjarakan, keputusan di peringkat biro politik menjadi sukar apabila
wujudnya perbezaan pendapat.
"Meskipun sudah ada persetujuan di peringkat biro politik, jika tidak disukai seseorang, keputusan itu tidak dihormati.
"Malah, ia akan dibuka balik di dalam mesyuarat biro politik, kemudian
ditukar. Akibatnya, mesyuarat biro politik menjadi tempat polemik
politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan,"
katanya.
Jelasnya, keadaan ini semakin menjadi-jadi termasuk isu yang paling
sensitif, iaitu kerjasama dengan Pas kerana ia melibatkan Kerajaan
Selangor.
"Oleh kerana pandangan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
ialah untuk terus membuka pintu kepada Pas sehingga ke saat akhir untuk
memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak
disukai oleh Pas ditolak," katanya.
Dalam pada itu, mengulas pula tuduhan mengaitkan beliau sebagai ejen
Umno dan rujukan kepada "ponorogo” Rafizi berkata, ia bukan isu yang
baru dibangkitkan.
"Tuduhan oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat, Latheefa Koya, saya sedia
maklum sejak lebih setahun, selepas ada cerita kononnya saya dibeli Umno
melalui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menghancurkan PKR , dan
sebagai pertukaran kepada tidak ke penjara kerana saya ada banyak kes di
mahkamah," katanya.
Beliau turut mengesahkan tidak pernah berjumpa mana-mana menteri atau
pimpinan kanan Umno/BN selain hanya berselisih di Parlimen.
"Saya bertemu Ahmad Zahid sekali sahaja di mahkamah pada 2012 untuk menyelesaikan kes saman beliau terhadap saya.
"Saya isytihar harta setiap tahun secara berkanun dan saya yakin rakyat
tahu saya tidak ada kekayaan yang disyaki hasil daripada sogokan,"
katanya.
Rafizi berkata, beliau tidak sewajarnya dilihat sebagai ancaman politik
kepada rakan-rakan sebaliknya sekadar seorang yang sudah biasa bersuara
apabila berbeza pendapat.
“Ramai merasakan saya mengancam kedudukan politik mereka. Saya sendiri
pun tidak pasti sama ada kekal di dalam politik selepas bakal menjalani
hukuman (jika rayuan ditolak),” katanya.
48 orang berkata:
bagus rafizi ni, cermat dan tertib, fokus cuma pada parti, tak gila jawatan.
beza dgn hadi, bila jawatan terancam dia buat undi chai semasa muktamar lepas tu halau dari parti dgn caci maki barua bagai. kononnya ulamak tapi hadi sayang jawatan, melingkupkan parti dan cinta dunia. hadi ni ulamak jenis apa ya?
YE KE ???. Boloh punya olang. mudah kena tipu maa... macam keldai.
Siapa taukeh durian kunyit di kelantan???
Kena tipu hadi bulat2
Siapa tokey balak di kelantan?
Siapa tokey urus niaga karbon dioksid di kelantan?
Siapa tokey urus niaga tanah tugu banjir di kelantan?
Siapa untung jual amanat?
Siapa untung jual kismis jampi air jampi?
SIAPA UNTUNG JUAL AGAMA DENGAN HARGA MURAH?
Tak ada jawapan kod satu pun soalan2 bodoh di atas melainkan jawapannya ialah " fitnah pancacai penjilat buntot lge "... Tapi,,jika soalan berikut : siapa berkhalwat dgn normah dan didakwa di mahkamah? Ya,,jwpnnya ialah mat sabu...he he...bodoh la penyokong pan suka bermain dgn fitnah.
siapa sanggup buat undi chai semasa muktamar? hehehe hadi laa sebab nak bergayut pada jawatan sampai mati.
Fitnah?
Gambar siapa brahm libia gantong?
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7645] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 840 JUTA , wassalam.
Siapa penjual agama yg kata kalau menang 20 kerusi, parti lobai boleh pilih utk jadi sekutu Bn atau Ph sbb kerusi pak lebai mahal??
Siapa bagi dedak lebih boleh bersekutu dgn parti pak lebai
Sapa ulama suu yg cakap ketua perompak duit rakyat klu dah taubat boleh sokong?
Sapa?
Latifah tulis rafizi ponorogo. Lidah lobai Karamu sambung tulis apa yg latifah tulis. Besok mungkin lidah wan pulak sambung tulis
Dalam dunia ni, siapa satu2nya ulama no 2 dunia yg pernah baruakan orang islam? Cuba teka
Lidah ulama manakah yang mula2 sekali mengeluarkan ayat "tanam di jirat cina?" Tahniah kerana dapat kumpul saham paling banyak.
Siapakah ulama terrrrrrrrrrrkenal di alam maya ini yang pertama sekali menyebut "tokey pil kuda" kepada umat seagama dengannya? Takbirrrrrrrrrrrrrrr
Apakah kenderaan terkini ulama no 2 dunia? Apakah kenderaan yang digunakan oleh khalifah Umar Abdul Aziz?
Namakan seorang ularmak yang pernah menggunakan perkataan "babi dalam bukit?"
Betulkah orang islam wajib masuk pas?
Siapakah ulamakkkkk negars kita yang paling kerap menghadiri gathering di iran?
Di negeri manakah ularmakkk ayoh pin mendirikan kerajaan langitnya?
A. Penang
B. Perlis
C. Sabah
Kamu ni tak ada kerja lain ke asyik nak kutuk Haji Hadi .....kesian kat dia. dia belum pulih sepenuhnya....biarlah dia berehat...
Ye ke lebai hadi sakit? Haritu kemain panjang lebar dia tulis surat terbuka utk sucikan najib, jho low dan 1mdb. Berjela2 nas dari quran dia petik. Tak sihat lagi ke? Kifarah la kot sebab suka maki org lain yg tak sependapat dgn dia.
Di kelantan kilang halal
Di penang kilang haram jadah!
Alhamdulillah semakin pas dan tghh dipersenda semakin rendah % pan di kalangan org melayu.. aku amat berharap agar pan dapat meneruskan lagi usaha terkutuk ini agar pan semakin dipinggirkan daripada arus politik perdana.. syukran3x ..
Tanya lah mat sabu dulu.. idola dia tu..
Kalau tak buat chai macamana perwakilan pas nak tahu yg mana satu barua dap!
Ada yg tak perlu dedak kononnya tapi sanggup jadi barua dap camana pulak?
Cuba tanya ulamak suu pangkor 2.. dia ni yg mulakan fitnah UG.. dasar barua dap!
Dulu lagi aku dah kata rapiji ni is a loser.. langkah kejang entah kemana fitnah TSKI kena mintak maaf dan kini kaki ponteng mesyuarat biro politik plk..
Ulamak pangkor 2 yg membaruakan diri sendiri kpd dap .. keh keh
Lidah ulamak pangkor 2 yg sokong bg tanah 1000 hektar kpd sekolah cina.. keh keh
Ulamak pangkor 2 kut yg menghalalkan calon pil kuda calon sokong marxist calon sokong sosialis dan kini calon sokong bunuh org memali lah kut.. tu yg terkenal kerana baca doa memanjang agar majlis dap diberkati Allah jua..
Tak tahu pulak tu.. sila cadangkan (fitnah).. ehh..
Babi di sebalik bukitlah.. bodoh punya penyokong pemakan babi! Keh keh
Tak juga.. yg wajib ialah sokong perjuangan islam.. macam dap spt yg pan sokong.. keh keh
Kena tanya mat sabu sebab dia ada ikut sekali..
Di negeri BN terengganu lah ngok.. keh keh
Ada org yg baru pulih dari strok tapi tak serik2 jadi barua dap.. keh keh
Aku rasa majlis biro politik pkr dah kena kencing dgn dia tu..tu yg tunggu masa mesyuarat tak timbul2 tu.. dah setahun wooh..
Sape pulak tokey pil kuda?
AMANAT MAT SABU!
(Ceramah PAS di Dataran MADI Perlis)
"Andainya satu hari nanti aku meninggalkan perjuangan ini (PAS) dan menyertai parti lain atau aku menubuhkan parti baru (PAN)...
Hangpa semua yang ada di dataran ini.. jangan ikut aku.. Pasai apa..??
Kerana pada masa itu aku dah tak betui.. Hangpa semua tetaplah bersama-sama PAS"
Mohamad Sabu atau 'Mat Sabu'
Sape yg mengaku islam tapi sokong org jual arak di kawasan melayu dan tak berani marah sebab takut dap marah balik?
Siapa yg jual agama hingga sanggup tunduk kpd kafir lahanat.. pasti orang tu munafik..
Post a Comment