BILA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN SEBUT TIADA KERJASAMA DENGAN PAS BAGI MENGHADAPI PRU 14, MAKA PAS TERKEJUT DENGAN KENYATAAN TERSEBUT.
MENGAPA PAKATAN HARAPAN BUAT KEPUTUSAN YANG PAS SENDIRIPUN TIDAK TAHU MENAHU DALAM PERKARA KERJASAMA ?
PAS MEMANG DARI AWAL SEBUT TIADA KERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN, DAN PAS MEMANG TAK MAHU BEKERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN.
JADI PAKATAN HARAPAN TIDAK PERLU MENGIGAU DISIANG HARI TENTANG KERJASAMA TERSEBUT.
APA MASALAH SEBENAR PAKATAN HARAPAN ? ITU MEREKA PUNYA PASAL, JANGAN KAITKAN DENGAN PAS.
-Pak Karamu-
Pas tidak terlibat kerjasama PRU14
(Ubah saiz teks)
PAS tidak pernah menyimpan hasrat bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14.
Oleh itu, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, sebarang
keputusan yang dibuat pucuk pimpinan Pakatan Harapan tidak ada kena
mengena dengan partinya.
"Saya harap parti-parti dalam Pakatan Harapan, sekiranya menghadapi
masalah dalaman, mereka boleh selesaikan secara sendiri tanpa
membabitkan Pas. Jangan mempergunakan Pas apabila ada masalah," kata
Takiyuddin seperti disiarkan dalam Sin Chew Daily.
Beliau mengulas keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang
dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin, untuk tidak menjalinkan
kerjasama dengan Pas pada PRU14.
Selain itu, Pakatan Harapan juga sedang merangka strategi paling berkesan untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru.
Menurut Takiyuddin, disebabkan tiada hubungan kerjasama yang terjalin
dengan mana-mana parti, Pas kemungkinan akan bertanding lebih banyak
kerusi pada PRU kali ini berbanding PRU lalu.
"Selain di Selangor dan Kelantan yang menerima mandat daripada rakyat,
Pas dan Pakatan Harapan tidak mewujudkan apa-apa kerjasama politik.
"Pas pun tidak ada kerjasama politik dengan BN. Calon-calon Pas akan
bertanding di kawasan-kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, oleh
itu, lawan Pas sudah tentu datangnya daripada BN," jelasnya.
Takiyuddin turut meramalkan pada PRU14, pertandingan lebih daripada tiga penjuru akan berlaku di kebanyakan kawasan.
"Sekiranya Pakatan Harapan ingin mengelak berlakunya pertandingan tiga
penjuru, mereka diminta jangan meletakkan calon di kawasan-kawasan yang
ditandingi Pas.
"Pas tidak akan berkompromi dalam hal ini," kata Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
DAP sedia gempur kubu BN
DAP bersedia bertanding di tiga kerusi parlimen di Johor yang menjadi kubu kuat BN sebelum ini.
Ketiga-tiga kerusi parlimen yang dimaksudkan ialah Johor Bahru, Tebrau dan Pasir Gudang.
Bagaimanapun kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, cadangan DAP itu
perlu dibincangkan dalam mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan Harapan
sebelum membuat keputusan secara muktamad.
Pada PRU13, ketiga-tiga kerusi parlimen itu ditandingi oleh PKR.
"Dalam tiga kali PRU lalu, jumlah undi diperoleh calon BN merosot
daripada setahun ke setahun. Oleh itu, Pakatan Harapan mempunyai peluang
untuk memenangi ketiga-tiga kerusi parlimen ini," katanya kepada
Nanyang Siang Pau.
Sebagai contoh, kata Kit Siang, pada PRU 2004, jumlah majoriti calon BN
ialah 46,792 undi, tetapi merosot kepada 10,495 undi pada PRU13.
"Begitu juga di Pasir Gudang. Jumlah majoriti calon BN pada PRU 2004
ialah 31,121 undi, tetapi menurun kepada hanya 935 undi pada PRU13.
Manakala di Tebrau, ia merosot daripada 26,011 undi kepada 1,767 undi,"
kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
MCA tingkatkan publisiti di media sosial
MCA akan meningkatkan usaha dalam menyebarkan maklumat dan publisiti di media sosial untuk menghadapi PRU14.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam dua kali PRU
sebelum ini, MCA ternyata gagal menyebarkan maklumat secara meluas
kepada pengundi.
"Media sosial kini menjadi alat penting untuk memberikan berita dan
maklumat kepada orang ramai. MCA akan menggunakan kemudahan media sosial
ini secara meluas, terutama sasaran kepada orang muda.
"Golongan orang muda pada hari ini begitu mudah terdedah dengan media
sosial. MCA berasakan cara ini paling cepat untuk berkomunikasi dengan
orang muda dan netizen," katanya kepada Oriental Daily.
Sementara itu, Tiong Lai turut mengucapkan tahniah kepada seluruh
kontinjen Sukan Sea KL2017 kerana telah mencipta kejayaan cemerlang.
Menurutnya, kemenangan itu adalah hadiah paling istimewa buat negara yang menyambut kemerdekaan ke-60 hari ini
17 orang berkata:
Pak Karamu Pak Karamu, mengapalah tengeng sangat, Pakatan Harapan bagi tahu kepada penyokong penyokong sendiri yang mereka tidak bekerja sama dengan pas, sebab pas bodoh sombong, buta hati buta perut, tak boleh diajak berunding, seolah olah pas dah kuat sangat, apa apa pun tunggu keputusan PRU14 nanti, barulah tahu langit tu tinggi ke rendah.
Pakkaramu aka pas ni kaki putar belit agama....dulu kapir sekarang x kapir, kasi pusing saja otak gue....syurga aka neraka
KAH3 SAKIT HATI NAMPAK SIDUNGU
KAH3 SIDUNGU MEROYAN
Bersama2lah kita menjaga dan mengamalkan amanat tuan guru kita kerana balasannya adalah syurga. Mari kita membangun bersama amanat tuan guru kita.
Kah kah...bekas ahli pas yg jilat kapir dap dah meroyan mcm mabuk jubog lge dan lks. Rasakan ,,,,bodoh betul geng2 0.5% ni....
PH tiada kaitan dgn pas. Azmin ada kaitan dgn pas.
Anggota tertinggi umno tengah tunggu pm untuk buat keputusan kerjasama dgn pas. Harap2 pm dan tn guru hj hadi setuju kerjasama untuk kebaikan politik dua2 belah pihak. Pihak pas jangan asyik menolak saja. Bersatu itu teguh. Demi melayu marilah kita bersatu. Aminn
AMANAT MAT SABU!
(Ceramah PAS di Dataran MADI Perlis)
"Andainya satu hari nanti aku meninggalkan perjuangan ini (PAS) dan menyertai parti lain atau aku menubuhkan parti baru (PAN)...
Hangpa semua yang ada di dataran ini.. jangan ikut aku.. Pasai apa..??
Kerana pada masa itu aku dah tak betui.. Hangpa semua tetaplah bersama-sama PAS"
Mohamad Sabu atau 'Mat Sabu'
Amiin. Semoga najib nampak karomah tok guru HAHA dan setuju bergabung dgn pas. Lagi baik najib tinggalkan mca, mic dan lain2 parti non islam tuuu. Takbirrrr.
Pas dah lama ada Gagasan Sejahtera.. PH buat2 tak nampak ataupun memang dungu lah tu.. lepas ni kalau mana2 parti nak bincang sila jumpa skretariat Gagasan Sejahtera
Ye ke? tapi nape bila aku tanya ayat mana satu dlm amanat yg kafirkan org sekor habok pun tak boleh jawab termasuk mufti perlis..
Alhamdulillah.. jgn ikut amant di bawah ni
AMANAT MAT SABU!
(Ceramah PAS di Dataran MADI Perlis)
"Andainya satu hari nanti aku meninggalkan perjuangan ini (PAS) dan menyertai parti lain atau aku menubuhkan parti baru (PAN)...
Hangpa semua yang ada di dataran ini.. jangan ikut aku.. Pasai apa..??
Kerana pada masa itu aku dah tak betui.. Hangpa semua tetaplah bersama-sama PAS"
Mohamad Sabu atau 'Mat Sabu'
Tak habis lagi ke fitnah UG.. keh keh..
Bangang betul la PKR@PH ni...gila talak PAS pulak la...
Parti sendiri kucar kacir, nak babitkan PAS pulak, mmg bangang nak mampus!
Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH SERO,yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terpikirkan dari benak saya,kalau nomor yang saya pasang bisa tembus,dan alhamdulillah kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 saya,sebenarnya saya bukan penggemar togel,tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan,dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH SERO.dan dengan senang hati MBAH SERO mau membantu saya,nomor yang dikasi MBAH SERO.2D sama 4D putaran SGP dan HK semuanya bener2 terbukti tembus,sudah 3X putaran saya menang,dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menghubunginya,jika teman2 ingin mendapatkan angka jitu 2D 3D 4D yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH SERO di no 082_370_357_999 untuk info lebih lengkapnya buka blog MBAH karna di dalam blognya semuanya sudah lengkap
KLIK DISINI PESUGIHAN TANPA TUMBAL
ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
Post a Comment