PKR masih berusaha bincang, pujuk Pas
GOMBAK - PKR masih berusaha untuk berbincang dan memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun
berkata, usaha dan perbincangan tersebut merupakan inisiatif daripada
PKR dan bukannya atas kapasiti Pakatan Harapan atau komponen lain.
“Setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan lagi berkaitan
perbincangan dengan Pas...perbincangan kerjasama dengan Pas ini hanya
melibatkan PKR sahaja, bukan Pakatan Harapan.
“Ingin saya tegaskan, apa-apa perbincangan dengan Pas setakat ini
merupakan inisiatif daripada PKR, ianya tiada kena-mengena dengan
Pakatan Harapan.
“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, sebab itu saya katakan
inisiatif itu atas kapasiti PKR untuk mengekalkan kerjasama dengan Pas,”
katanya.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada
pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena
Aidiladha di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun
Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memiliki wang tunai RM83 bilion di
Taiwan, Azmin melihat dakwaan berkenaan lebih bermotif politik.
“Mengapa sekarang mahu menaikkan isu ini? Mengapa tidak ketika 23 tahun Tun Mahathir masih mentadbir?,” katanya.
6 orang berkata:
Hahahaha.. mungkin blogger ni baru lahir selepas tahun 2008 kut.. takpelah aku maafkan..
Mabuk ketum ke si Assmin ni...kan PKR parti terkuat seantero dunia dgn dokongan ahli2 PAN, buat apa lagi nak mengendeng dgn parti yg dah lemah mcm PAS...ahli yg tinggal pun hanya hj Hadi dgn TITM jer...aparaa...hahahahaha
Mungkin dia masih berharap lobai2 akan balas budi sbb tak pecat bos lobai dan percaya lobai2 tu akan undi dia lagi. Ketahuilah, dia akan jadi mangsa pertama lobai dlm pru14
Tahniah azmin kerana menyedari akan kebergantungan pkr kpd pas.. kalau nak harap pan baru 1% dapat sokongan undi melayu!
1% tu jumlah melayu yg jadi barua joo loo dan pencuci taik penyangak 1mdv
Mana mungkin org melayu nak sokong barua dap kecuali yg 1% tu jer la..
Post a Comment