Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERBETULKAN DAN SELARASKAN DI JABATAN AGAMA DAHULU


JANGAN SALAHKAN ANAK MUDA BERFAHAMAN ATHEIS, DAN JANGAN SALAHKAN IBU BAPA DALAM PERKARA ATEIS. 

JIKA PANDANGAN JABATAN AGAMA DISELARASKAN MAKA ANAK MUDA AKAN NAMPAK BAHAWA AGAMA ISLAM ITU SATU DAN TIDAKA BERCELARU.

APA YANG MEREKA NAMPAK ISLAM DIANTARA NEGERI-NEGERIPUN BERBEZA,

ISLAM SELANGOR LAIN, PERAK LAIN, NEGERI SEMBILAN LAIN DAN SETERUSNYA ... SEBAB ITU JIKA ADA PENDAKWAH DARI KEDAH NAK BAGI CERAMAH KAT SELANGOR MEREKA KENA MINTA TAULIAH SELANGOR, DEMIKIAN JUGA DENGAN NEGERI LAIN, SEBAB ISLAM KAT MALAYSIA NI BANYAK JENIS.

HUKUM SYARAK JUGA BERLAINAN. APABILA ISLAM BERLAINAN MAKA ANAK MUDA KELIRU, MAKA YANG BAGI KELIRU ITU ADALAH JABATAN AGAMA ITU SENDIRI

 OLEH YANG DEMIKIAN MAJLIS FATUA DAN MAJLIS RAJA-RAJA PERLU BERUNDING UNTUK SELARASKAN HAL AGAMA.

 

-Pak Karamu-

 

 Keliru,celaru punca anak muda terjebak ateis: Harussani

HARUSSANI
HARUSSANI

SHAH ALAM - Sikap sesetengah golongan muda yang kurang didikan agama menyebabkan mereka mudah keliru sehingga terjebak dalam kumpulan yang tidak percayakan Tuhan atau ateis.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu kemudiannya diburukkan dengan perselisihan pendapat antara pendakwah terhadap isu tertentu sehingga mereka semakin celaru.

Beliau berkata, di sinilah peranan ibu bapa dalam mendampingi anak-anak dan memberi pendidikan serta menerapkan nilai-nilai akhlak.

"Jika ibu bapa tidak mengambil berat dan bersikap sambil lewa, tidak hairanlah anak-anak mudah terdedah lalu terjebak dengan gejala rosak akidah, hilang kemuliaan akhlak serta maruah," katanya.

Beliau mengulas dakwaan sekumpulan anak Melayu beragama Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Kumpulan itu dipercayai terdiri daripada orang Melayu dan Islam yang menggelar diri mereka sebagai ‘bekas Muslim’ serta didakwa mengadakan pertemuan secara tertutup di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, sehingga tidak tahu memilih yang baik atau buruk dalam kehidupan mereka.

“Golongan tidak percayakan Tuhan ini wujud kerana kurang pendidikan agama, manakala keluarga atau ibu bapa tidak memainkan peranan mereka.

“Di sekolah, mereka celaru dengan ilmu diperoleh. Pendakwah pun bercelaru, macam-macam ajaran dan pendapat sehingga timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, timbul pula pertikaian bahawa agama Islam yang datang daripada nabi dan ALLAH, bercanggah dengan keadaan semasa.

“Maka lahirlah golongan yang mengatakan bahawa pendakwah dahulu salah. Inilah jadinya sehingga menyebabkan orang muda keliru,” katanya.

Harussani berkata, seorang itu menjadi murtad apabila mengaku tidak percayakan ALLAH dan percaya bahawa agama sudah tidak lagi relevan di zaman ini.

“Ini merupakan satu fitnah dalam masyarakat Islam dan akan membawa bencana kepada masyarakat Islam dan Melayu. ALLAH akan menurunkan bencana kepada golongan ini kerana perbuatan mereka.

“Sebelum hendak menafikan kewujudan tuhan, mereka harus mengkaji tuhan. Tanya diri mereka, dari mana datangnya selera makan mereka. Dari mana wujudnya dunia ini, bolehkah ia terjadi begitu sahaja.

“Bolehkah ibu bapa mereka melahirkan dia dan menjadikan dia (seperti hari ini). Ini semua ciptaan ALLAH. Kalau tiada ALLAH bagaimana (ia berlaku),” katanya.

Tegas Harussani, apa sahaja keperluan manusia di atas muka bumi ini semua siap dan tidak pernah tidak cukup.

“Kalau tiada tuhan siapa yang bagi mereka akal,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

MANA TAK BERCELARU KALAU MUFTI SENDIRI MENYEBABKAN BERCELARU, KALAU A BUAT... BOLEH...TAK HARAM...KALAU B BUAT ...TAK BOLEH ...HARAM

Anonymous said...

yg bagi keliru tu biasenya orang yg ada niat politik yg buat, sebab dia nak jual agama utk maksud2 tertentu.. orang yg suka kan pecah belah..

bukanke berbeza2 dalam bab feqah khilaf tu memang semua orang yg g ngaji paham dah..yg khilaf kita raikan bersa.. jgn berbeza2 bab akidah cukup la.. bab feqah yg khilaf biar dia khilaf la x payah la nak nyanyi2 yg khilaf mcm qat'ie pulak, qunut x boleh la, tahlil x boleh la,ziarah kubur x boleh la, sambut maulid bidaah mcm org kristian la.. sambut besday sendiri ok pulak x bidaah hehe.kawan ngan kafir jadi kafir la, pangkah selain parti dia masuk neraka la, pegi demo yg dia anjur hukumnya wajibla, anjur doa jahankan sesama muslim la hehe..
lepas tu lagi bila orang dah mula terpengaruh ngan faham dia dalam bab feqah khilaf tadi, masa tu dia bawak kat bab paling pokok dalam agama iaitu akidah pulak, tadi dia karut ajar bab khilaf mcm qat'ie lepas tu ikut lak akidah yg bukan ahlusunnah, tuhan ada tangan tapi x mcm tangan kita la.. tuhan ada wajah tapi x macam wajah kita la..tuhan duduk atas langit tapi x mcm duduk kita la.. masyaAllah..

Anonymous said...

Tanggal 31
Bulan 8 17
Bayar hutang bayar hutang
Marilah kita bayar hutang

Tanggal 31
Bulan 8. 17
Bayar hutang bayar hutang
Marilah kita bayar hutang

Anonymous said...

Jumpa dia dan tanyalah. Jangan cuma tau bagi komen. Bukan susah sangat pun nak jumpa puak2 tu kat perlis...

Pergilah jumpa. Lepas tu tanya. Tak faham tak puas hati boleh tanya.

Perlis tu bukan kat iran pun..

Anonymous said...

435,ko x payah sebok la ko sebokkan pas cukup la hehe

IrWrWs said...

Diharap PH tidak lagi menyokong LGBT!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.