Imej PKR di Kelantan tercalar
KOTA BHARU – Kegagalan menyelesaikan secara muktamad isu peletakan
jawatan 56 lantikan politik PKR di Kelantan pada tarikh ditetapkan
menyebabkan imej pucuk pimpinan PKR Kelantan dan PKR Pusat di mata
masyarakat jatuh merudum.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara
Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia memperlihatkan PKR
Kelantan keras kepala, serta tidak berdisiplin, selain PKR Pusat tidak
tegas dan hilang kawalan.
“Ramai yang tahu mengenai arahan asal Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, supaya 56 lantikan politik ini meletakkan jawatan
serta-merta, tetapi tarikh ini diubah kepada 31 Julai atas sebab yang
beliau sifatkan teknikal.
"Sudah tular dalam media sosial rakaman ucapan Ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran, pada 27 Jun lalu
berkata “Presiden menetapkan bahawa 31 Julai ini macam mana pun semua
letak jawatan”.
“Begitu pun, tarikh ini berlalu tanpa sebarang peletakan jawatan, di
mana Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, sekadar
memaklumkan bahawa mereka sedang menunggu arahan rasmi baru dari PKR
Pusat.
"Tidak dinafikan imej PKR tercalar dalam isu ini, malah ramai yang
menyindir bahawa mereka lebih mementingkan imbuhan yang datang bersama
jawatan berbanding prinsip perjuangan dan kebersamaan dalam Pakatan
Harapan,” katanya.
Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar
Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bahawa pihaknya belum menerima
apa-apa surat letak jawatan dari 56 lantikan politik PKR tetapi bersikap
terbuka kepada mereka.
Ujar penganalisis politik itu lagi, isu ini menyerlahkan sikap
terburu-buru pemimpin PKR Pusat di dalam membuat keputusan mengenai
politik tempatan sedangkan 56 lantikan politik ini seharusnya dirujuk
terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
“Bila keputusan dibuat maka ia seharusnya dilaksanakan tanpa sebarang
dolak-dalik, barulah masyarakat dan ahli parti akan hormat kepada PKR
Pusat, tetapi bila PKR Pusat sendiri tidak tegas maka pandangan umum
ialah PKR Pusat sangat lemah.
“Jika betul PKR Pusat orang perjuangan, mereka mesti melaksanakan
keputusan itu tanpa bimbang kehilangan sebahagian daripada 56 lantikan
politik ini selaras kata-kata Ketua Umum PKR, usah bicara pasal
perjuangan jika takut kepada risiko.
“Sebaliknya, jika didapati arahan awal supaya 56 lantikan politik ini
meletakkan jawatan silap, PKR Pusat perlu akui kesilapan, beri arahan
baru supaya semua 56 lantikan politik ini kekal dan beri penjelasan
mengapa arahan awal ditarik balik,” katanya.
Menurut Kamarul Zaman, isu ini penting kepada kelangsungan Pakatan
Harapan di Kelantan kerana penyertaan 56 lantikan politik PKR dalam
kerajaan negeri memperlihatkan ketidaksepaduan jentera Pakatan Harapan
di Kelantan.
“Umum tahu Amanah, Bersatu dan PKR berhasrat untuk mengambil-alih
pemerintahan Kelantan dari PAS, tetapi bila PKR masih menyertai kerajaan
negeri sudah tentu komitmen PKR Kelantan terhadap Pakatan Harapan akan
dipersoalkan.
“Selain menyebabkan tindakan Pas masih menyertai kerajaan negeri di
Selangor sukar dikritik, penglibatan PKR dalam kerajaan negeri di
Kelantan juga akan menyukarkan Pakatan Harapan untuk mengkritik Kerajaan
Kelantan dengan berkesan.
“Isu ini juga menguatkan lagi spekulasi kononnya PKR Pusat kini
berpecah antara kem Dr Wan Azizah dan kem Timbalan Presiden PKR, Datuk
Seri Azmin Ali, dan kononnya PKR Kelantan berada di bawah penguasaan
Datuk Seri Azmin,” katanya.
2 orang berkata:
1MDB PUN PATUT MEMBAYAR KEPADA IPIC BERAKHITR 31 JULAI 2017 TAPI TAK BAYAR, DR KAMARUZAMAN TAK NAK ULAS KE???? PM YANG JUGA MENTERI KEUWANGAN DAN PENASIHAT 1MDB KATA SEBAB MASLAH TEKNIKAL,LAGI MALU, SATU DUNIA TAHU, KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA TAK MALU KE?, PAK KARAMU BOLEH LAH SOROKAN MUKA DALAM JUBAH, KITA YANG TAK PAKAI JUBAH NI NAK SOROKAN MUKA KAT MANA?? SOROK KN MUKA BELAKANG BONTOT SI...SI...SI...SI...SI...SI...????
شركة قمة الدقة للخدمات المنزلية
شركة تنظيف فلل بالجبيل
شركة تنظيف منازل بسيهات
Post a Comment