PKR DIJANGKA KALAH TERUK PADA PRU 14 NANTI
-Pak Karamu-
Kasihan ahli akar umbi Pas: AMK
SHAH ALAM - AMK mendakwa terdapat ahli di akar umbi Pas yang bingung dengan pendirian kepimpinan tertinggi parti Islam itu.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya menyedari perkara itu walaupun Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR.
“Di peringkat kawasan dan cabang, saya lihat hubungan (dengan Pas) itu
masih ada. Ini kerana hubungan itu dah terjalin begitu lama sejak PKR
ditubuhkan pada 1998.
“Cuma kadang-kadang kita kasihan juga dengan orang di bawah ini, bila
keluar kenyataan daripada (pemimpin) atas mereka rasa susah nak jawab.
Kadang-kadang adalah rasa kekok dan membingungkan juga buat mereka di
akar umbi ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungan PKR dengan Pas
selepas Pas memutuskan tahaluf siyasi kedua-dua parti, Mei lalu.
Menurut Nik Nazmi, berdasarkan pungutan suara, trend yang menyokong tetap kepimpinan Pas juga sudah semakin berkurang.
Berdasarkan situasi itu, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan
mereka akan menyokong calon Pakatan Harapan berbanding calon parti
sendiri dalam PRU nanti.
“Saya yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia tak kira parti mahu
perubahan dalam PRU14. Mereka mahu menyokong gagasan yang konsisten
boleh bawa perubahan.
“Mereka tahu, kalau tak nak BN maka pilihannya hanya Pakatan Harapan.
Gabungan lain yang tidak tetap dengan pendirian mereka, hari ini cakap
lain esok cakap lain, keliru dan sebagainya, itu mungkin rakyat susah
nak terima,” katanya.
Ditanya tindakan Pas yang mahu bertanding di kerusi milik PKR, Nik
Nazmi berkata, PKR sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk
pertembungan tiga penjuru.
“Saya ingat kita dah mencuba (berunding) sekian lama. Bagi kita yang
penting PRU14 dah semakin dekat, kita kena sediakan jentera dan buat
kerja.
“Nak berunding saya rasa ini dah masa kecederaan, kita dah jaga tutur
kata, tak serang lawan dan dah tunjuk kita nak berbincang. Kalau tak,
kita teruskan kerja kita dan sedia untuk sebarang kemungkinan termasuk
tiga penjuru,” katanya.
6 orang berkata:
"berdasar pungutan suara" yg dibuat oleh piji ke? Lantak ko la...apa2 pun kami kat akar umbi tak keliru pun dan dah tetap tak akan undi PKR@PH PRU14 nnt....kkk
Betul apa. Tinggal lebai malang je...
Kalau menjurus ke Kelantan memanglah sebab masih totok lagi.
Tapi kalau menjurus selatan dan pantai barat memang pas@ pigs dah pupus.
betul ker kat pantai barat PAS dah pupus? nampak cam PKR je yg nak pupus..PAN tak yah cakapla...
Lebai perasan nk mampus..ganu pun dok rok cetong..lebai bodo
Puok2 pasik..mmg lebai sial..krana puok2 kamu lah..islam d pandang hina..bersekongkol dgn penyamun duit rakyat..nkau kata plan rasionalisasi 1mdb betul..kpala hotak nkau..rakyat byr gst..kedai byk yg tutup krn gst..pengangguran tinggi..nilai duit jatuh..semuanya kerana duit rasuah dan samun 1mdb..dasar lebai bangsatt
Kalau pan tak dipandang hina takkanlah 5% sahaja org melayu sokong pan!
Post a Comment