‘Jika kami jahat, inilah masanya ‘bunuh’ Mahathir’
BATU PAHAT – Kini adalah masa sesuai untuk membunuh karier Tun Dr
Mahathir Mohamed namun ia tidak dilakukan kerana masih menghormati bekas
perdana menteri itu, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Katanya, beliau sentiasa menasihati ahli parti itu supaya menghormati
dua tokoh iaitu Mahathir dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
walaupun masing-masing pernah bermusuhan dengan mereka.
"Jika kami ini jahat, inilah masanya untuk bunuh karier politik
Mahathir tetapi kita tidak lakukannya sebab masih menghormati beliau,”
katanya ketika Konvensyen Pemuda Amanah Nasional Tahun 2017 di sini,
hari ini.
Hadir sama, Ketua Pemuda Amanah Pusat, Sany Hamzan; Pengerusi Amanah
Johor Aminolhuda Hassan dan Ketua Wanita Muda Amanah, Anis Afida Mohd
Azi.
Salahuddin berkata, kini bukan masanya untuk semua ahli Amanah membuka
cerita lama, termasuk 'membaca Kitab Sejarah Mahathir' tetapi
bekerjasama untuk menumbangkan musuh hakiki iaitu Umno-BN.
"Dahulu kita sememangnya musuh, tetapi kini kita telah kenal musuh
hakiki kita, mempunyai musuh yang sama, dan sebab itulah kita perlu
menentang musuh yang sama ini secara bersama-sama."
"Ramai orang kata 'tak takut kalau Mahathir belot?'...kalau beliau
belot kita lawanlah balik dia, tetapi saya percaya dia akan tetap
bersama kita," katanya
Beliau berkata, Amanah menerima kehadiran Mahathir dalam pakatan
pembangkang sebagaimana parti lain dan pihaknya juga tidak pernah sangsi
dengan perjuangan individu yang pernah menjadi pemimpin Umno itu
"Anwar pun dulu pernah menjadi pemimpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
juga pernah menjadi pemimpin Umno, kita terima juga...mengapa kita tidak
boleh menerima Tun Mahathir."
"Lebih ramai bekas pemimpin tertinggi dalam pakatan lagi bagus.
Sekurang-kurangnya mereka tahu cara dan dalaman parti Umno berkenaan
serta mempunyai strategi menumbangkannya," katanya.
Dalam pada itu Salahuddin berkata, Pemuda Amanah diminta tidak menjadi
tali barut kepada mana-mana musuh supaya tidak tersungkur pada saat
akhir bagi mengekalkan kejayaan dikecap kini.
Katanya, disebabkan Amanah masih baharu dan memasuki tahun kedua
penubuhan, pihaknya kini masih lagi di dalam proses mengenali ahlinya,
walaupun pernah bersama di dalam Pas.
Beliau juga mengingatkan setiap ahli Pemuda Amanah supaya mengenali
dengan lebih awal musuh, sekali gus menyelamatkan parti itu.
Katanya, bagaimanapun pihaknya kini tidak mahu bermusuh dengan ahli
parti lamanya (Pas), berikutan mahu menarik keahlian daripada parti
tersebut menyertai mereka untuk berjuang menentang Umno-BN.
"Saya mengingatkan Pemuda supaya tidak menjadi tali barut, menjual
maklumat dan strategi kepada pihak tertentu, termasuklah kepada Bukit
Aman kerana tidak mahu tersungkur di pintu kemenangan
"Inilah 'musuh sebenar' kita ahli termasuklah anak muda yang mengaku
menjadi ahli kita tetapi sebenarnya belot, membocorkan rahsia dan semua
ahli diminta peka mengesan individu berkenaan
"Menyedari yang Pas kini semakin hampir, mesra dan bercumbuan dengan
Umno, kita tahu ramai ahlinya tidak menyukainya...sebab itulah kita
tidak mahu bermusuhan dengan mereka, menarik seberapa ramai daripada
mereka untuk menyertai kita," katanya
Menurutnya, Pemuda Amanah juga diingatkan supaya sentiasa bersiap sedia
menghadapi cabaran mendatang daripada Umno-BN, bukannya berkelahi
sesama sendiri untuk merebut jawatan
Katanya, mereka juga perlu menghormati setiap keputusan yang dilakukan
di pimpinan tertinggi termasuk di dalam Pakatan Harapan yang terdiri
daripada DAP, PKR dan Bersatu
"Siap sedia daripada ancaman musuh sebenar ini, selain musuh Umno-BN
serta kita perlulah bersama dalam memberikan setiap pandangan serta
pendapat," katanya
Menyedari Amanah sebuah parti yang kecil dan baharu, beliau tidak mahu
ahli Pemudanya angkuh serta sombong dengan mana-mana parti lain dalam
Pakatan Harapan.
6 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [6780] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 990 JUTA ,
DAN PESUGIHAN TUYUL
PAK KARAMU DAH JADI BAPAK BATU API
Siapalah nak percaya dgn sumpah laknat pelacur politik.... Senyuman HH makin melebar. Tahniah HH. Kami sokong HH
Sumpah sesumpah
Burrrrrrppp...kenyang makan duit saham kohilal
Lobai pun kote hidup.
Jumpa puki kote mencanak.
Post a Comment