RCI siasat Memali bukan aniayai sesiapa
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR - Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
untuk menyiasat peristiwa Memali bukan bertujuan menganiaya sesiapa,
kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata, RCI itu akan hanya ditubuhkan jika terdapat keperluan
dan permintaan daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa.
"Orang boleh buat dakwaan macam-macam. Tapi isu ini, rakyat yang minta
penjelasan...bukan kita yang saja-saja rancang untuk kenakan sesiapa.
"Saya sokong penubuhan RCI ini jika ada keperluan dan permintaan
daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa. Kalau itu yang mereka
mahukan, RCI perlu ditubuhkan kerana semua orang mahu tahu perkara
sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program 1
Komuniti 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Kota Setar 2017 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dekat sini, hari ini.
Ahmad Bashah berkata beliau menyokongan penubuhan RCI berkenaan kerana kejadian itu berlaku di Kedah.
Beliau diminta mengulas tuduhan liar sesetengah pihak yang mendakwa
penubuhan RCI adalah untuk menganiaya bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu untuk menyiasat
peristiwa itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak
termasuk keluarga mangsa.
Peristiwa Memali di Baling yang berlaku pada 19 November 1985
menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai
lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama,
Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah menafikan dakwaan yang tular
menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penarikan semula elaun kepada
masjid untuk disalurkan kepada golongan asnaf di negeri ini.
"Itu tidak benar, sebaliknya kita mencadangkan pihak masjid untuk
menyumbangkan sedikit derma yang diterima daripada orang ramai agar
dapat disalurkan kepada golongan asnaf dalam qariah masing-masing.
"Idea itu timbul selepas saya membaca keluhan rasa seorang pengririm
WhatsApp kepada saya yang memaklumkan terdapat masjid mengutip derma
sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit setiap Jumaat tetapi tidak
memikirkan tentang anak qariah yang tinggal berhampiran masjid yang
tiada beras dan gas untuk memasak," katanya.
Beliau juga akan meminta Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan
Warisan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berbincang
dengan pihak yang menguruskan masjid di seluruh negeri ini untuk
mengambi inisiatif itu.
"Kerajaan juga akan menggantikan jumlah sumbangan masjid kepada golongan asnaf di kawasan masing-masing," katanya. - Bernama
2 orang berkata:
Ni pas kena buat rci ni
Kalau rci utk 1% pan lah yg kena buat keh keh..
Post a Comment