Siasat pendedahan Mahathir berkaitan harta Ahmad Zahid
ALOR SETAR - Bersatu Padang Serai mendesak siasatan dilakukan terhadap
dakwaan didedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
berhubung pengisytiharan harta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi, ketika dilantik sebagai Pemuda Umno.
Ketua Bahagiannya, Khairul Anuar Ramli berkata, sehubungan itu satu
laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung dakwaan berkaitan kekayaan Ahmad Zahid sejak 1996.
“Jika benar dakwaan itu, pasti jumlah kekayaan beliau makin bertambah.
Kami mahu Ahmad Zahid jelaskan dari mana beliau peroleh kekayaan
sebanyak itu, nyatakan secara jelas,” katanya, selepas membuat laporan
di pejabat SPRM Kedah, hari ini.
Menurutnya, SPRM harus menyiasat dari mana sumber kewangan milik Ahmad Zahid yang dikatakan mencecah RM230 juta.
“Rakyat berhak tahu kerana Ahmad Zahid dikatakan pemimpin pelapis
negara, ini soal integriti dan imej, beliau harus beri jawapan,”
katanya.
Khairul Anuar berkata, pihaknya juga mahu SPRM menyiasat Ahmad Zahid bawah Seksyen 16, 17 (A) dan 17 (B) Akta SPRM.
“Kami harap SPRM siasat dakwaan itu sama ada ia benar atau tidak. Jika
tuduhan itu ada asasnya, SPRM tidak wajar melindungi Ahmad Zahid dan
beliau harus diadili bawah peruntukan perundangan sedia ada,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mahu melihat sama ada pemimpin itu memiliki integriti dan telus menjawab dakwaan dilemparkan.
Sebelum ini, Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mendakwa Ahmad Zahid
membuat pengisytiharan kepadanya selaku perdana menteri pada 1996, yang
mendedahkan Naib Presiden Umno itu memiliki sembilan angka dalam akaun
banknya.
Bagaimanapun, Mahathir dalam kenyataan menerusi blognya mendakwa
jawapan diberikan Ahmad Zahid ketika itu kurang jelas dan meminta beliau
memperjelas dari mana memperoleh wang sebegitu banyak.
Mahathir turut mendakwa Ahmad Zahid mendapatkan sokongannya bagi
menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Serangan Mahathir itu dibuat selepas Ahmad Zahid mengungkit keturunan
bekas Perdana Menteri itu yang berdarah campuran India pada mesyuarat
Umno Bahagian Kelana Jaya dengan mendedahkan butiran kad pengenalan
Mahathir.
4 orang berkata:
Hahahahahahahahahahhaha
Ada brani ka Macha. Nanti suma kasi picah...
Suma ada itu tulur busuk. Satu picah semua tulur lain pun picah
Assalamualaikum wr wb.
Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
Terlilit hutang
ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.NOMOR TOGEL
2.PESUGIHAN
3.UANG GAIB
…=>MBAH KASSENG<=…
CALL/SMS : +62853-4288-2547
Samy Velu toolong jangan siasat, kalu siasat nanti picah dia punya teluur aa mute manyak susah nanti luar dalam hitam bau manyak kuat
Sila siasat kartolo bin parto.
Dia byk duit dlm bank.
Post a Comment