Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MERANCANG MEMALI ANGGAP NYAWA ORANG AWAM DAN POLIS MURAH

NAK TANGKAP SEORANG, HANTAR POLIS SETENGAH BATALION, INI SEMUA KERJA SYAITAN DAN IBLIS.

KALO NAK TANGKAP SEORANG ATAU LEBIH, TIDAK MENESABAH HANTAR BEGITU RAMAI POLIS MELAINKAN ADA NIAT YANG JAHAT ATAU MUSLIHAT.

YANG MERANCANG WAJIB DIHUKUM MATI KERANA MERANCANG DAN BERANGGAPAN NYAWA MANUSIA TERLALU MURAH.

MEREKA YANG MERANCANG ANGGAP POLIS MACAM KUDA KAYU, BOLEH DI ARAH MACAM GURGHA. 

HENDAK TANGKAP HANYA BEBERAPA ORANG PAKAI POLIS BEGITU RAMAI NAMPAK SANGAT KEBODOHAN PEHAK YANG MERANCANG LANGSUNG TIDAK POPULAR, MACAM   TENTERA ABU MAWAS

KERTAS PUTIH ? TIDAK PROFESIONAL ?


-Pak Karamu-

 

 

RCI diharap bela anggota polis terkorban

0
Tan Sri Musa Hassan
Musa Hassan
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin masyarakat ingin tahu siapa dalang di sebalik peristiwa berdarah Memali, pada tahun 1985 hingga mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis.

Menyokong penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi itu, Musa berharap ia mampu memberi pembelaan terhadap anggota polis yang terkorban.

“Ramai pihak mahu RCI Memali ditubuhkan supaya waris tragedi itu mendapat pembelaan sewajarnya tetapi kurang mengendahkan waris anggota polis yang terkorban.

Oleh sebab itu, saya setuju RCI ini ditubuhkan supaya anggota terkorban mendapat pembelaan dan siapa yang menjadi dalang Memali didedahkan kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengenai isu Kertas Putih Memali, Musa berkata, kerajaan terdahulu dan anggota polis sudah menjalankan siasatan terhadap isu tersebut, dengan Kertas Putih Memali sudah diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia untuk memaklumkan perkara terbabit.

“Kertas Putih ini menjelaskan kesemuanya aspek isu Memali, iaitu punca kenapa kes ini berlaku, apakah tindakan yang telah diambil dan sebagainya,” katanya.

Selain Kertas Putih Memali, visual anggota polis melakukan operasi di Memali itu juga sudah disiarkan untuk tontonan masyarakat.

“Kalau ada pihak tidak percaya dengan Kertas Putih itu, kita nak percaya kepada siapa?” soalnya.

Dalam pada itu, Musa mempertahankan tindakan anggota polis yang bertugas ketika operasi itu dan menegaskan bahawa polis tidak akan mengambil tindakan drastik, melainkan pihak itu yang memulakan serangan.

“Malah, anggota polis telah pergi ke Kampung Memali beberapa kali dan meminta anggota kumpulan yang anti-kerajaan ini menyerah diri namun mereka enggan berbuat demikian,” katanya.

Oleh demikian, Musa meminta semua pihak untuk membaca semula Kertas Putih Memali untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai tragedi terbabit.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Sokong kenyataan bekas kpn ini. Polis dah bagi banyak peluang utk serah diri tapi dia tak ambil pot...

IrWrWs said...

Tak yah buang masa jom kita desak rci. .jangan sampai saksi2 kes memali ditutup mata lalu ditumbuk bertalu2 sudah la..

Unknown said...

20171110 junda
air max 1
marc jacobs outlet
kate spade outlet online
chicago blackhawks jerseys
cheap basketball shoes
canada goose coats
uggs outlet
ugg boots black friday
burberry outlet
ralph lauren

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.