Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR MUNGKIN AKAN AMBIL TEMPAT WAN AZIZAH DI PANDAN

Anwar akan jadi TPM dulu sebelum ganti Mahathir

AddThis Sharing Buttons

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. Foto - Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
SATU lagi pilihan raya kecil dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman akan melangkah ke Parlimen dalam masa terdekat.

Situasi ini lebih menyakinkan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan perkara sama, malahan katanya, ada ahli Parlimen PKR bersedia menawarkan kerusi yang disandang mereka kepada Anwar.

Anwar yang sepentas dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 baru-baru ini juga memberikan gambaran sama.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang ketika dalam Parlimen seandainya menteri sedia ada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran.

De facto leader PKR itu menegaskan, antara sebab menjadi ahli Parlimen sebagai langkah mengelak salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Malahan beliau sendiri akan bersama pembangkang, tegur kerajaan yang membuat kerosakan, penyelewengan dan kecuaian menteri.

Sekiranya benar sepantas ini Anwar akan kembali ke galanggang politik, adalah mustahil beliau akan menjadi ahli Parlimen biasa, tanpa jawatan.

Setidak-tidaknya Anwar akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri, sementara tempoh peralihan Mahathir sebagai perdana menteri.

Ini kerana Anwar akan memegang jawatan Presiden PKR selepas menang tanpa bertanding jawatan itu yang sebelum ini disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Adalah mustahil seorang presiden parti yang terbesar dengan kemenangan sebanyak 50 kerusi parlimen dalam PRU lalu tidak ada jawatan dalam kerajaan.

PKR adalah faktor utama kemenangan Malaysia Baharu, DAP hanya 42 kerusi, diikuti Besatu (13) dan Amanah (11).

Kembalinya Anwar ke Parlimen dalam era Malaysia Baharu adalah permulaan beliau untuk bersama kerajaan, mungkin era 1998 akan akan kembali.

”Bukan hanya PM (perdana menteri) dua kali, malahan mungkin TPM (timbalan perdana menteri) juga dua kali.

”Ironinya, mungkin gabungan PM dan TPM akan berulang, juga untuk kali ke dua,” kata seorang pemimpin PKR kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Mahathir menjadi perdana menteri paling lama di Malaysia selama 22 tahun, iaitu antara 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003, sepanjang tempoh itu, beliau dibantu empat timbalan pada satu satu masa, bermula dengan Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Anwar dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar menjadi timbalan Mahathir untuk tempoh lima tahun, dari 1 Disember 1993 hingga 2 September 1998 sebelum dipecat kerajaan Mahathir ketika itu.

Jelasnya, perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak menetapkan had Mahathir menjadi perdana menteri, sebaliknya perjanjian itu jelas menyebut Anwar adalah perdana menteri ke lapan.

Namun tidak ditetapkan tempoh masa untuk Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri untuk digantikan Anwar dan pernah dicadangkan jawatan itu dipegang hanya selama dua penggal.
 

10 orang berkata:

Anonymous said...

Tar snake kata pas dgn umno tak jauh beza. UG pun ok. Aku setuju.

Anonymous said...

Hebat ramalan hang Karamu. Kalau mcm tu PAS kena cari calon siap2 utk jadi calon di Pandan. Eh! Sat..sat... giliaq sapa yg bertanding kali ni? PAS atau UMNU? Kaa hampa lambung dadu?

Anonymous said...

Kalau anwar bertanding, pak harammu tolong bagitau tn brahim pas tak payah tanding. Bazir duit rakyat. Bagi anwar menang percuma je. Kalau lawan pun bukan boleh menang.

Anonymous said...

kalau nak sama2 calon yg heavyweight, PAS kena letak mursyidul am yg kalah bertanding dlm pru haritu utk bertanding lawan anwar... amacam? pak ashim ready ke?

Anonymous said...

PAS wajib tuntut kerusi Pandan utk bertanding. BN dah bertanding di Sg. Kandis dan Balakong, PAS baru bertanding sekali kat Seri Setia. Maknanya Pandan ni kerusi utk PAS. Barulah adil kerjasama BN dan PAS. Berani ke Hadi mintak kerusi Pandan? ke ikut telunjuk UMNO?

Anonymous said...

orang yg didapati bersalah kerana meliwat oleh mahkamah nak dilantik jadi pemimpin negara ke?

Anonymous said...

Kalau betul pun dia liwat tu dosa peribadi, dia wajib mintak ampun dgn tuhan. Yg curi duit rakyat lagi teruk, melibatkan kepentingan awam tapi dilantik jadi PM dan rakyat boleh tak kesah pulak tuu, pelik laa. Pak lebai la kot yg paling sesuai jadi PM tapi apakan daya parti pak lebai kalah teruk dlm pru14. Ni dah bergabung dgn bn pulak. Kalau pru15 gabungan lebai dan bn menang agak2 lebai dilantik jadi PM atau tak?

Anonymous said...

Pak karam, sapa wakil pas yg bakal bertanding lawan anwar? Mokhtar senik mcm tak sesuai sebab kote kecik. Hashim jasin ok kot, lagipun dia mursyidul am. Pelik la kalau mursyidul am parti politik bukan yb. Kalau pak hashim menang lawan anwar baru la gah seantero dunia.

Anonymous said...

Lagi baik kalau hadi sendiri yg lawan anwar. Boleh jer pegang kerusi parlimen lebih dari satu. Berbini ramai ok jer takkan jadi yb byk kawasan tak boleh? Bila jadi byk kawasan boleh la tambah bini.

Anonymous said...

Berani ke ayohchik mintak dgn zahid utk calon pas lawan anwar? Mcm tak berani jer.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.