Anwar akan jadi TPM dulu sebelum ganti Mahathir
(Ubah saiz teks)
SATU lagi pilihan raya kecil dijangka akan berlangsung
dalam masa terdekat ini, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat
pengumuman akan melangkah ke Parlimen dalam masa terdekat.
Situasi ini lebih menyakinkan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail turut mengesahkan perkara sama, malahan katanya, ada
ahli Parlimen PKR bersedia menawarkan kerusi yang disandang mereka
kepada Anwar.
Anwar yang sepentas dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
ketika berucap majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara
2018 baru-baru ini juga memberikan gambaran sama.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang
ketika dalam Parlimen seandainya menteri sedia ada melakukan
penyelewengan dalam pentadbiran.
De facto leader PKR itu menegaskan, antara sebab menjadi ahli Parlimen
sebagai langkah mengelak salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata
kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.
Malahan beliau sendiri akan bersama pembangkang, tegur kerajaan yang membuat kerosakan, penyelewengan dan kecuaian menteri.
Sekiranya benar sepantas ini Anwar akan kembali ke galanggang politik,
adalah mustahil beliau akan menjadi ahli Parlimen biasa, tanpa jawatan.
Setidak-tidaknya Anwar akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri,
sementara tempoh peralihan Mahathir sebagai perdana menteri.
Ini kerana Anwar akan memegang jawatan Presiden PKR selepas menang
tanpa bertanding jawatan itu yang sebelum ini disandang isterinya, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Adalah mustahil seorang presiden parti yang terbesar dengan kemenangan
sebanyak 50 kerusi parlimen dalam PRU lalu tidak ada jawatan dalam
kerajaan.
PKR adalah faktor utama kemenangan Malaysia Baharu, DAP hanya 42 kerusi, diikuti Besatu (13) dan Amanah (11).
Kembalinya Anwar ke Parlimen dalam era Malaysia Baharu adalah permulaan
beliau untuk bersama kerajaan, mungkin era 1998 akan akan kembali.
”Bukan hanya PM (perdana menteri) dua kali, malahan mungkin TPM (timbalan perdana menteri) juga dua kali.
”Ironinya, mungkin gabungan PM dan TPM akan berulang, juga untuk kali
ke dua,” kata seorang pemimpin PKR kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Mahathir menjadi perdana menteri paling lama di Malaysia selama 22
tahun, iaitu antara 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003, sepanjang
tempoh itu, beliau dibantu empat timbalan pada satu satu masa, bermula
dengan Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Anwar dan Tun Abdullah Ahmad
Badawi.
Anwar menjadi timbalan Mahathir untuk tempoh lima tahun, dari 1
Disember 1993 hingga 2 September 1998 sebelum dipecat kerajaan Mahathir
ketika itu.
Jelasnya, perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak menetapkan
had Mahathir menjadi perdana menteri, sebaliknya perjanjian itu jelas
menyebut Anwar adalah perdana menteri ke lapan.
Namun tidak ditetapkan tempoh masa untuk Mahathir melepaskan jawatannya
sebagai perdana menteri untuk digantikan Anwar dan pernah dicadangkan
jawatan itu dipegang hanya selama dua penggal.
10 orang berkata:
Tar snake kata pas dgn umno tak jauh beza. UG pun ok. Aku setuju.
Hebat ramalan hang Karamu. Kalau mcm tu PAS kena cari calon siap2 utk jadi calon di Pandan. Eh! Sat..sat... giliaq sapa yg bertanding kali ni? PAS atau UMNU? Kaa hampa lambung dadu?
Kalau anwar bertanding, pak harammu tolong bagitau tn brahim pas tak payah tanding. Bazir duit rakyat. Bagi anwar menang percuma je. Kalau lawan pun bukan boleh menang.
kalau nak sama2 calon yg heavyweight, PAS kena letak mursyidul am yg kalah bertanding dlm pru haritu utk bertanding lawan anwar... amacam? pak ashim ready ke?
PAS wajib tuntut kerusi Pandan utk bertanding. BN dah bertanding di Sg. Kandis dan Balakong, PAS baru bertanding sekali kat Seri Setia. Maknanya Pandan ni kerusi utk PAS. Barulah adil kerjasama BN dan PAS. Berani ke Hadi mintak kerusi Pandan? ke ikut telunjuk UMNO?
orang yg didapati bersalah kerana meliwat oleh mahkamah nak dilantik jadi pemimpin negara ke?
Kalau betul pun dia liwat tu dosa peribadi, dia wajib mintak ampun dgn tuhan. Yg curi duit rakyat lagi teruk, melibatkan kepentingan awam tapi dilantik jadi PM dan rakyat boleh tak kesah pulak tuu, pelik laa. Pak lebai la kot yg paling sesuai jadi PM tapi apakan daya parti pak lebai kalah teruk dlm pru14. Ni dah bergabung dgn bn pulak. Kalau pru15 gabungan lebai dan bn menang agak2 lebai dilantik jadi PM atau tak?
Pak karam, sapa wakil pas yg bakal bertanding lawan anwar? Mokhtar senik mcm tak sesuai sebab kote kecik. Hashim jasin ok kot, lagipun dia mursyidul am. Pelik la kalau mursyidul am parti politik bukan yb. Kalau pak hashim menang lawan anwar baru la gah seantero dunia.
Lagi baik kalau hadi sendiri yg lawan anwar. Boleh jer pegang kerusi parlimen lebih dari satu. Berbini ramai ok jer takkan jadi yb byk kawasan tak boleh? Bila jadi byk kawasan boleh la tambah bini.
Berani ke ayohchik mintak dgn zahid utk calon pas lawan anwar? Mcm tak berani jer.
Post a Comment