Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apabila Allah Marah ....

Salam

Kita lupakan cerita politik dulu
Minggu lepas Pak Karamu buat posting "Allah Mengkafirkan manusia"
Hari ini pula Pak Karamu buat posting Apabila Allah Marah manusia "

Apabila manusia melupakan Allah maka Allah akan melupakan manusia dan apabila Allah melupakan manusia maka yang pasti Allah akan melupakan manusia dengan menurunkan berbagai-bagai bala bencana supaya manusia teringat yang mereka telah melakukan dosa yang perlu di sedari dan cepat memohon ampunan daripadaNya supaya bala itu terhindar dari kita

Zaman Nabi Noh a.s telah berlaku kekaraman dunia kerana manusia yang di ajak oleh Noh supaya beriman kepada Allah dan supaya menyatakan bahawa agama Allah itu benar dan bersih namun pengikut yang engkar tidak memperdulikan amaran Nabi Noh lalu Allah karamkan dunia, dalam peristiwa ini Nabi Noh berkata kepada anaknya " Wahai anakku ! naiklah bahtera ini ! Hari ini Allah marah nak ! namun seruan Nabi Noh ini tidak di hiraukan oleh anaknya lalu anaknya mati tenggelam oleh banjir yang di datangkan oleh Allah

Hari ini Allah telah memberikan berbagai-bagai bala bencana, akan tetapi manusia tidak juga mahu sedar atas perbuatan kotor mereka, atas perbuatan maksiat mereka, dan mereka terus saja melakukan perkara yang mungkar malah apabila mereka di peringatkan dengan kebenaran maka mereka tetap juga mengejek dan berdegil tidak mahu berubah kerana dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambah penyakit itu, demikian maksud firman Allah

Hari ini Allah turunkan bala gempa bumi di Pulau Samoua di lautan yang luas,yang setakat ini telah membunuh lebih seratus nyawa, di Philiphina telah di datangkan ribut taufan yang mengorbankan ratusan nyawa dan benua Asia sedang berjaga-jaga terutama Kamboja dan Jepun berjaga-jaga kerana Sunami telah dan akan melanda mereka, di Malaysia juga mungkin bala akan turun dalam bentuk yang belum kita krtahui akan tetapi ia akan tetap berlaku

Kita umat islam di negara ini supaya kembali kepada islam dan melakukan kebenaran supaya kita terhindar daripada bala Allah di sini saya anjurkan supaya umat islam menjaga akidah dan tentukan akidah masing-masing berada di landasan yang benar kerana akidahlah sebagai benteng benar atau tidaknya kita, bukan kerana amalan yang kita lakukan itu membawa kepada keselamatan, jika akidah betul maka amalanpun betul, jika amalan betul akan tetapi akidah tak betul maka semuanya menjadi rosak dan tak betul

2 orang berkata:

Anonymous said...

9 wali dunia...

hehehe m'sia dah kene tsunami sbb tu ada puak susah nak cari calon yg betol2 bersih utk jd calon pemimpin yg baik2 dah lenyap agaknya... kikikiki

sot said...

kenapa ISA dikekalkan?
bukankah ISA sudah lapuk?
bukankah ISA tak relevan?

tsunami bakal melanda PD nampaknya.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.