Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isu Hassan Ali

Salam

ISU KRITIKAN TERBUKA HASSAN ALI TERHADAP SELCAT

ISU HASSAN ALI YANG GEGARKAN SELANGOR SEBENARNYA ISU BODOH DAN KETIDAK MATANGNYA DALAM BERPOLITIK, POKOK MASALAHNYA KERANA SEMUA PEHAK TIDAK IKUT SIFAT NABI IAITU BIJAKSANA

Isu yang di kaitkan dengan parti PAS ini sepatutnya tidak boleh di jadikan modal media ataupun blogger untuk mengkucarkacirkan suasana di Selangor, sikap Hassan Ali yang mengkritik secara terbuka terhadap SELCAT juga kurang tepat kerana di sana kelihatan sikapnya tidak mengambil kira KEBIJAKSANAAN dan di waktu yang sama juga Hassan Ali perlu ingat bahawa perjuangan PAS masih lagi pada peringkat dakwah jadi Hassan Ali kena berhati-hati

Tindakan jawatankuasa SELCAT melaksanakan tugasnya bagi menyiasat sesuatu isu juga perlu KEBIJAKSANAAN, jangan menyiasat orang macam budak-budak sekolah, kamu kena ingat apa saja yang kamu sangka musuh jangan kamu sangka mereka menjadi musuh selama-lamanya mungkin ia akan jadi kawan sebab itu orang yang duduk sebagai jawatankuasa SELCAT wajib faham Human managmen atau Man Managmen sebab itu jangan tambah musuh

Pak Karamu nampak isu ini bukanlah besar sangat cuma isu ini di perbesarkan oleh media massa dan Blogger yang tidak nampak untung dan ruginya isu ini di perbesarkan bagi pehak PAS dan PR dan mereka ini sebenarnya lupa kepada musuh mereka yang sebenarnya yang sentiasa mengintip kelemahan PR yang mereka akan jadikan isu dan modal politik bagi menumbangkan kerajaan PR di negeri Selangor

Ura-ura pucuk pimpinan PAS yang akan memanggil Hassan Ali untuk di kenakan tindakan tatatertib juga di lihat sebagai kurang bijak kerana jika pucuk pimpinan berbuat demikian maka rakyat akan melihat isu ini sebagai satu isu yang berat dan Pak Karamu kira perkara ini tidak akan berlaku kerana ia akan di jadikan isu oleh BN/UMNO sebagai isu yang serius pada hal isunya adalah tidak seberapa sebab itu orang politik kena ingat bahawa setiap kenyataan orang politik akan di jadikan isu politik

Apa yang paling baik ialah setiap suatu isu perlu di mesyuarahkan secara bijaksana bukan ikut perasaan masing-masing INGAT kamu adalah orang politik yang di sekeliling kamu sentiasa di penuhi dengan racun dan duri yang bila-bila masa saja akan mencederakan kamu

Dalam masalah di Selangor ini Dr HASSAN ALI tidak perlu di kecam sehebat yang ada dan dia masih relevan memimpin PAS di Selangor, dan saya berharap semua pehak di dalam PR perlu ada sikap KEBIJAKSANAAN apabila mentadbir dan mengeluarkan kenyataan terhadap umum

11 orang berkata:

Anonymous said...

Selalu sangat Pak Hassan ni buat kecoh. Nak teka pun tak berani, tapi dari bentuk songkok tu bolehlah kita agak sikit-sikit. Nampaknya niat kita nak undi parti bola pingpong dimasa akan datang belum pasti lagilah. Lagi pun juak-juak pingpong kat tempat kami pun sama saja samsengnya dengan LEMBUMNO. Kalau tak ikut program mereka kena boikot. Belum apa-apa dah perasan. Kalau setakat cakap ana anta belum tentu lagi teguh aqidah tu. Citporaaah.

Hang Kebun said...

Penyokong PAS jangan melatah. Hassan Ali bertindak atas dasar kuasanya dan dia wajib menegur.

Nak harap sapa lagi.

PAS terus hidup walaupun berkuasa atau tidak.Perjuangan kita hanya untuk Islam dan keadilan. Kita sudah biasa kalah...menang tu luar biasa.

Gunakan kesempatan ini untuk mengubah dan berdakwah. Biarpun dikalangan PAKATAN. Kerana dalam pakatan juga masih ramai yang tidak faham.

Ramai ahli PAS dan ahli PAKATAN segera diluar sana. Yang bijak mengkritik...namun tidak memahami konsep perjuangan dan dasar yang dibawa oleh parti PAS.

PAS baik sebagai pembangkang mahupun sebagai kerajaan, wajib menegur dan berdakwah untuk mencapai dasar perjuangan parti ketika ditubuhkan. Kita tidak kuatir kehilangan kuasa, malah kita berpegang teguh bahawa matlamat tidak harus menghalalkan cara.

Jangan kerana kuasa..kita mudah di asimilasikan dengan dasar parti lain dengan mengikut telunjuk je dalam pakatan. Kita ada prinsip dalam perjuangan. Maka dengan itulah PAS terus ujud dan relevan hingga hari ini..walaupun kalah dan terus kalah serta dizalimi sepanjang masa.

Parti lain dalam Pakatan kini..berapa lama ditubuhkan?. Malah ahli2nya adalah bekas2 parti seteru jugak.

Tahniah PAS. Sudah 59 tahun. ISLAM ditegakkan. Kemenangan Pasti datang jua.

Mamat Drebar said...

Kami pejuang Islam di Kelantan setuju dengan pandangan Bapak. Semua dah lost control. Yang paling mengkucar-kacirkan ialah para blogger PR yang perasan depa dah popular dan pandai berpolitik. Antaranya ialah rahmang tulang besi dan puji perisek rakyat.

Anonymous said...

Hang Kebun & Mamat Drebar,

Cubalah pakai otak! Itu pun nabi engkau nak sarankan. Sorry, Saya bukan Islam. Saya kristian atau nasrani. Anda orang kata punya People of the Book

Quran cuba panggil kamu baca kitab injil jugak. Ini tak boleh menafikan bahawa orang yang paling dikeji adalah orang hipokrit

Cuba tengok apa yang disarankan oleh Hassan Ali. Apa pasal prosiding kenna tertutup

Berani kerana benar, takut kerana salah. Pengawai2 Daerah memegang amanah rakyat. Mereka adalah Public Servant. Kita orang awan berhak mengetahui mengapa wang dibazirkan di dalam 2 bulan sebelum pilihanraya. Itu isu pokoknya?

Islamkah kalau pengawai2 daerah macam ini kenna diselindung? Buat salah kenna tanggung lah.....Bodoh......Beginikah Quran yang mengajar kamu begitu?

Pak Karamu,
Oh don't white wash the whole matter! I for once don't see anything wrong with Selcat. I don't think they have done anything wrong in the manner of questioning those civil servants.
You mean what! By angering people like Bakthiar, the whole Selangor would fall. Pak Lah also very nice with the recalcitrant civil servants.....Pak Lah lost his PMship......What tactful you are talking about? Civil Servants themselves should be tactful not the people. They are not Napeleons.
Hassan Ali's action has created Napoleons on these civil servants.....Yes, I agree with Zaid....Hypocrises & Corruptions are bigger issues.....Currying favour with people who suppose to serve the public is a form of corruption. Paling dikeji.

Safana Orleans said...

betul ustaz kata tu - kebijaksanaa hasan ali tdk terserlah dalam hal ni, sepatutnya ianya dibuat secara terutup. pas jgn selalu melatah. wlu bagaimanapun kepimpinan hasan ali masih relevan.# sy dengar perak akan bubar dun pd nov

Bazar Baú de Presentes said...

visite www.letoooutroolhar.blogspot.com

Arte Cultura no Recôncavo Baiano.

Bazar Baú de Presentes said...

Brazil...
www.letoooutroolhar.blogspot.com

Mamat Drebar said...

loose74,
ikuti disini http://disc.yourwebapps.com/discussion.cgi?disc=29561;article=727552;title=FORUM%20GERAK%20REFORMASI

Anonymous said...

Pak Karamu;
Dulu aku reserve juga nak komen Hassan Ali. Tapi bila tengok you tube Selcat: http://perisik-rakyat.com/2009/09/pegawai-kerajaan-dibuli-selcat-saksikan.html , aku pun tak paham pasal apa Hasan Ali beria-ria benar mahu buat tertutup. Atau Hasan Ali ada kepentingan jugak.
Pas patut berlepas diri dari membela Hassan Ali! TGHH patut berlepas diri dari Hassan Ali. Hasan Ali dan Roslan SMS tak sudah-sudah guna nama TGHH.

~PakKaramu~ said...

Salam

Terima kasih atas komen tuan/Puan semua

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum pak.. selamat hari raya.. maaf zahir batin.

Politik.. politik... Ramai yang pandai komen jer pak. Walhal x pun duduk semeja untuk mendengar penjelasan kedua2 belah pehak. Adil ke mcm tu?

Tak mengapa la pak. Pastinya ini semua ujian dan dugaan dalam memperjuangkan agama dan keadilan.. besar sgtkah ujian ni..? x besar mana pun jika nak dibandingkan dgn perjuangan Rasulullah dulu.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.