Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Melayu Mainkan Islam

Salam.

Orang melayu bagaikan tikus yang bercita-cita hendak membaiki labu, mengapa orang melayu perlu di kaitkan dengan tikus ? Apakah sikap orang melayu layak hanya menjadi tikus ? Jawapannya Ya ! kebanyakan orang melayu eloklah menjadi tikus kerana orang melayu sangat suka melakukan pekerjaan yang mereka sendiri tidak tahu atau ftidak aham akan tetapi buat-buat macam faham akhirnya mereka menjadi tikus

Di negara Malaysia bangsa melayu di kenali sebagai orang islam dan orang islam di Malaysia ialah orang melayu, fahaman yang sebegini telah lama di perkenalkan oleh serumpun bangsa melayu yang bernama UMNO kepada bangsa-bangsa yang terdapat di negara ini termasuklah bangsa melayu sendiri yang akhirnya ia menjadi pegangan yang tidak dapat di ubah-ubah sekalipun fahaman ini tersangat salah dan tidak benar

Para alim ulama di Malaysia tidak berupaya membetulkan tiori orang melayu tikus ini kerana ulama di negara Malaysia hidup dan mati mereka adalah kerana terpaksa di bawah pengaruh orang melayu UMNO yang berkuasa di kalangan mereka atau orang melayu yang menjadi tikus besar yang duduk menjadi raja tikus yang sama-sama hendak memperbaiki labu akan tetapi mereka juga tidak berdaya untuk memperbaiki labu kerana mereka sendiripun adalah tikus juga

Di negara Malaysia islam di ibaratkan sebagai labu yang tidak perlu di perbaiki lagi kerana islam telah di tetapkan oleh Allah sejak dari awal tidak pernah ada kecacatan yang perlu di pinda dan di olah, asas islam ialah La illaha illallah dan Muhammadarrasullullah iaitu kalimah yang mengandungi cerita ujudnya Allah dan ujudnya manusia yang menjadi suruhan Allah yang bertaraf hamba Allah yang wajib patuh semua apa yang Allah perintahkan kepada mereka

La illaha illallah dan Muhammadarrasullullah ini jika tidak ujud maka islam juga tidak ujud, jadi Muhammadarrasullullah anak Abdullah inilah yang di perintah Allah supaya sampaikan kepada manusia bahawa islam adalah daripada Allah, dalam islam ada berbagai-bagai peraturan undang-undang yang wajib di ketahui dan di amalkan oleh semua manusia yang menjadi hamba Tuhan, tidak ada apa yang tidak di sentuh oleh Allah di dalam undang-undang islam, "ingatlah undang-undang ini Aku yang punya dan kamu sebagai hamba Aku hendaklah laksanakan dengan sempurna"

Di dalam al quran Allah mengingatkan manusia "Dan hendaklah kamu berhukum dengan hukuman yang Aku turunkan ! dan "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukuman Tuhan maka mereka adalah kafir ! Demikian ingatan Tuhan kepada manusia, bolehlah saya katakan di sini bahawa "Demikianlah ingatan Tuhan kepada orang melayu, akurkah orang melayu dengan kehendak Tuhan ini ? Atau adakah nanti orang melayu akan bercakap "Wahai Tuhanku sesungguhnya kami ini adalah melayu dan melayu itu adalah islam wahai TuhanKU "

Orang melayu beria-ia sangat hendak menjadi hamba Tuhan di samping mahukan islam di laksanakan di dalam negara ini lalu mereka mengemaskinikan segala pentadbiran syariah dengan mengujudkan berbagai jenama agama termasuk mahkamah syariah dengan tujuan untuk patuh kepada Allah dan untuk melaksanakan suruhan Tuhan supaya laksanakanlah islam dan laksanakanlah juga undang-undang had syariah, selepas semuanya tersedia maka ternyatalah syariah islam yang hendak di laksanakan itu adalah syariah melayu bukan syariah islam

Orang melayu di negara ini begitu megah dengan syariah melayu sehinggakan apabila di sebut sahaja mahkamah syariah maka mereka tersangat menghormatinya dan sanggup mempertahankannya walau dengan apa cara sekalipun, persoalannya adakah mereka menyedarinya bahawa apa yang mereka pertahankan itu sebenarnya bukanlah syariah islam, apa yang sangat di bimbangi ialah apabila sampai di satu masa nanti orang melayu menerima syariah melayu dan menolak syariah islam yang sebenarnya

Kita di Malaysia sering terdengar apabila mahkamah syariah di perleceh oleh bangsa asing maka kebanyakan orang melayu melenting mempertahankannya walhal sebenarnya itu bukanlah syariah islam yang betul dan ia hanyalah syariah melayu, mengapakah ini semua tidak di perhatikan oleh kebanyakan para bijak pandai agama ? Mengapakah syariah islam sebenar tidak di laksanakan supaya apabila ia di cemar oleh bangsa lain maka seluruh orang islam bangun menentang si pencaci syariah agama, dimana dan siapa yang harus di persalahkan dalan hal syariah ini

Katakanlah kita orang melayu bangun mempertahankan syariah melayu, apakah mempertahankan syariah melayu itu mendapat pahala dan keredaan Allah s.w.t ? Tidakkah nanti Tuhan sama-sama memarahi kita sebagimana pencaci agama mencaci kita di sebabkan kesalahan kita sendiri yang menyesatkan hukum syariah Allah s.w.t. Apakah yang di maksudkan syariah islam yang sebenarnya, jawapannya sangat mudah yang mana syariah islam ada hududnya dan syariah islam juga tiada nilai wang yang boleh di sabitkan dengan hukumannya akan tetapi di negara kita itulah yang berlaku

Di negara kita apabila ada yang terlibat dengan hukuman syariah maka barulah orang bijak pandai agama bersuara memberikan pandangannya akan tetapi syariah tidak juga pernah berubah dan tidak pula ada susulan untuk memperbaiki syariah tersebut, tidakkah di satu waktu nanti akan ada golongan yang berpegang teguh dengan syariah melayu dan mengiktirafnya pula sebagai syariah islam yang sebenarnya sebagaimana pada hari ini akan merosakkan syariah Allah yang sebenarnya, sebab itu kita katakan bahawa orang melayu ini ibarat tikus yang cuba hendak memperbaiki labu dengan istilah melayu mainkan islam dan syariat islam

Kerana itu orang melayu, pemimpin melayu , ulama melayu yang berfahaman sekular perlu di sedarkan balik tentang tanggungjawab mereka dalam hal ehwal islam dan syariah


7 orang berkata:

Unknown said...

Salam Pak Karamu.

Setuju benar dengan pandangan tuan. Cuma benarkah Melayu betul-betul mahukan Islam?

Unknown said...

lawatan sosial kebangsaan.

Anonymous said...

Salam,

Islam sudah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim lagi tuan, bukannya setelah zaman Nabi Muhammad anak Abdullah je.

Selainnya saya amat setuju dengan kata-kata tuan. Kalau diikut corak mereka, orang Islam UMNOlah, di antara golongan, yang akan bersumpah di hadapan Allah nanti dengan berkata, "Demi Allah ya Tuhanku, kami tidak syirik".

Arnik.

Luana Aldor said...

Thanks for your visit! What kind of language do you speak, please?

~PakKaramu~ said...

Terima kasih atas kunjungan kalian

Anonymous said...

Kenapa susah sangat nak mengaku kita ini berbangsa melayu dan beragama islam.

Anonymous said...

Ada orang tu bongok betul!!! Tak faham, faham. Macam kerbau dicucuk hidung. Mengaku dan ikut saja sebab mudah buat macam tu kan?

Arnik.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.