Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selangor dan Trengganu akan Tumbang ?

Salam

Desas desus Selangor dan Trengganu akan tumbang akan di ketahui selepas hari raya nanti, dalam dunia yang bersifat sekarang tiada yang mustahil akan menjadi mustahil sebab manusia yang kononnya berjuang kerana berbagai kerana adalah mementingkan diri sendiri kecuali kerana Allah

Kerana Allah ialah kerana hendak menunaikan amanah Allah iaitu LA ILLAHA ILLALLAH iaitu LILLAHI TA'ALA ertinya berjuang kerana untuk mendapat keredaan Allah semata-mata kerana menyedari bahawa mereka adalah mentadbir bumi dan seluruh isinya atas kehendak Allah

Di Selangor di katakan tiga adun PAS 2 DAP dan 3 PKR kesemuanya 8 orang, jika 8 orang ini akan menjadi kenyataan maka kerajaan PR Selangor akan tumbang, rasanya jika ia benar akan menjadi kenyataan maka sia-sialah mereka menjadi manusia yang memegang amanah dan harapan rakyat

Di Trengganu pula di katakan 9 orang ADUN UMNO di katakan akan melompat ke dalam PKR dan mungkin juga ada yang lari kepada PAS, jika ini benar menjadi kenyataan maka kerajaan BN Trengganu akan tumbang, ertinya dua kerajaan akan tumbang oleh kerenah wakil rakyat bukan kerana rakyat sebagaimana mereka di menangkan oleh rakyat pada pilihanraya dulu

Di harapkan perkara ini hanyalah suatu cerita dongeng politik atau kerana mahu mengalihkan pandangan perancang politik, namun tidak mustahil ia akan berlaku pada UMNO/BN kerana mereka di jangkakan akan tumbang pada pilihanraya umum (PRU 13 nanti) demikian pandangan bijak pandai politik tanah air akan tetapi jika berlaku pada ADUN PR rasanya ia suatu yang agak pelik ataupun ada habuan besar yang bersifat sementara yang meracuni mereka

Pak Karamu tidak merasa hairan jika lompat melompat ini berlaku pada ADUN lain selain dari ADUN PAS akan tetapi merasa tersangat hairan jika berlaku pada ADUN PAS yang dasarnya menepati apa yang telah di tetapkan oleh Tuan punya dunia iaitu Allah s.w.t kerana dasarnya adalah suatu yang telah di tetapkan oleh Allah iaitu Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w dan mereka yang mungkin bakal akan melompat rasanya jika dari PAS maka mereka tidak perlu hidup lagi kerana mereka adalah sehina-hina manusia


0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.