Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Petunjuk Kepada Golongan Kebangsaan

Salam

Di sebabkan fahaman Islam adalah suatu tabi'ie kepada kehidupan, maka ramai juga umat islam yang belum faham tentang maksud islam itu dengan sebenarnya, mereka ini yang terdiri dari baka islam yang buta dan di butakan pula oleh golongan penjajah yang sentiasa hendak menjajah pemikiran mereka sehingga kebanyakan umat islam berjaya di kelirukan

Musuh-musuh umat islam menyedari kebodohan umat islam tentang islam yang mereka anuti terutama golongan yang berfahaman sekular yang mengasingkan agama dan politik, golongan ini yang ramai mendapat pendidikan awal daripada barat kemudian membawa fahaman tersebut ke dalam negara sendiri dan mengembangkannya kemudian di labelkan sebagai islam

Di negara islam Albania ketika di kuasai oleh kominis mereka menyatakan bahawa kominis adalah sebahagian daripada islam, demikian juga dengan fahaman sosialisma di negara Mesir dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan yang telah berlalu di mana para ulama telah di kerah dan di paksa supaya menyatakan bahawa sosialisma adalah sebahagian daripada islam

Apabila kerajaan inggeris menakluki India di mana ulama di upah supaya menyatakan bahawa pemerintahan Inggeris adalah Wali al amri yang mesti di ta'ati oleh orang-orang islam, di Afghanistan pula apabila Russia menakluki negara tersebut maka Russia telah melantik seorang mufti dan memintanya supaya menyatakan bahawa walaupun pemerintah telah melaksanakan sistem kominis akan tetapi ia tidak bertentangan dengan islam

Di negara kita Malaysia pula fahaman Nasionalis pula telah di perkenalkan kepada umat islam dengan menggunakan orang politik bagi menyatakan bahawa Nasionalis tidak bertentangan dengan ajaran islam kerana Nasionalis dan islam itu adalah sama-sama membawa maksud kepada satu fahaman atau ideologi dan satu aqidah semata-mata iaitu fahaman kebangsaan dan fahaman islam adalah sama tiada berbeza, kerana itulah mereka menyatakan bahawa islam itu bangsa nasionalis melayu dan nasionalis melayu itu adalah islam

Di dalam al quran Allah berfirman yang mafhumnya:

" Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih ketakwaannya di antara kamu (bukan kerna bangsa) Sesungguhnya Allah Maha mendalam pengetahuannya " (Al Hujurat 13)

Ayat Allah di atas menunjukkan kepada kita bahawa bangsa dan puak-puak itu bukanlah suatu yang boleh di jadikan dasar kehidupan dan semangat perjuangan, ianya hanya semata-mata untuk berkenal-kenalan semata-mata supaya jangan ada di antara manusia yang mengatakan bahawa hanya mereka sahaja yang bergelar manusia yang ada bangsa atau berdarjat, di sinilah manusia kena sedar bahawa ayat yang di atas menafikan semangat bangsa itu tidak boleh di jadikan dasar perjuangan untuk menyelamatkan bangsa ataupun puak dan di sinilah dosanya UMNO kepada Tuhan kerana tersilap memahamkan ayat Tuhan di atas

Bersambung ....

6 orang berkata:

Sis Lin said...

selamat pg pak kara mu...salam sejahtera,semuga sihat hendaknya...

wah,sedang tkr langsir raya ke ni pak kara mu...cntik..sukeeee

Unknown said...

Thankfully for stopping by.

Kisses,
Ana Martins

wanita mutalib said...

Salam PakKaramu ~

singgah demi menambah ilmu dan bahan bacaan :)

~PakKaramu~ said...

Salam,

Terima kasihlah atas kunjungan kalian semua, ya bener Sis Lin dekat raya ni kenalah tukar langsir

ntah laaa..... said...

salam...
wow! silau mata ... nak sambut lalatulqodar ke?

Tinta Hitam said...

kejadian kejadian terbaru yang tidak memehak kepada UMNO sebenarnya adalah amaran Allah SWT kepada UMNO.Jika mereka masih lagi kufur kepad Allah SWT,mereka akan dimusnahkan saperti mana dinasti dinasti yang pernah memerintah sebelum ini.

Dinasti dinasti tersebut hanya tinggal nama sahaja sekarang

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.