Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Semangat Melayu Perlu Di tukar

Salam

Semangat melayu perlu di tukar kepada semangat islam kerana semangat melayu tidak dapat lagi di pertahankan kerana melayu tiada kekuatan mutlak untuk meneruskan cita-cita membela dan menguruskan bangsa melayu, melayu lemah kerana fitrah bangsa tidak di iktiraf oleh Allah s.w.t kerana ia tiada rukun untuk berbuat sesuatu pembelaan

Orang melayu yang beragama islam sepatutnya menyedari akan diri mereka bahawa mulianya melayu bukan kerana melayu akan tetapi mulianya melayu adalah kerana islam yang di datangkan Allah kepada mereka, islam telah di peruntukkan oleh Allah lengkap dengan rukunnya dan rukun itulah yang menyelamatkan bangsa melayu

Manusia melayu adalah ciptaan Tuhan, islam juga ciptaan Tuhan, bumi tempat melayu berpijakpun adalah ciptaan Tuhan sebab itu tiada sebab melayu tidak mahu mengambil islam sebagai dasarnya sedangankan melayu sendiri mengakui mereka beragama islam jadi tiada sebab mereka menolak islam sebagai dasar perjuangannya

Orang melayu kena tanya diri mereka mengapa mereka menolak islam sebagai dasar memperjuangkan bangsa melayu, Mengapa payah sangat orang melayu hendak mengambil dan menghayati dasar islam yang telah di sediakan oleh Tuhan, Adakah kamu bersifat hendak menentang dasar yang telah di sediakan oleh Tuhan yang kamu sembah sendiri

Apakah orang melayu berfikir bahawa mereka lebih pandai daripada Tuhan atau kamu sememangnya takut hilang pangkat dan kuasa di sebabkan kamu tidak tahu islam atau kamu sengaja hendak menunjukkan kamu keras kepala hendak melawan Tuhan, jika jawapannya ia maka masa bangsa melayu tersungkur hampir dekat dan bersedialah untuk menjadi bangsa yang hina di bumi Allah ini

Bangsa melayu sebenarnya bukan suatu bangsa yang boleh di harapkan memelihara bumi yang di amanahkan oleh Allah kepada mereka malah bumi seperti Singapura yang di amanahkan Tuhan kepada mereka begitu senang kamu gadaikan kepada orang yang menentang Tuhan dan islam dan tiadalah bezanya kamu dengan mereka

Di Negara kita Malaysia melayu di kepalai oleh UMNO iaitu sebuah parti yang menggadaikan pulau Singapura kepada PAP, Apakah kamu belum lagi berpuas hati ? Sekarang kamu pula melalak mahu memperjuangkan ketuanan melayu yang jelas telah melakukan penderhakaan terhadap agama,bangsa dan negara, tidakkah kamu sedar ?

2 orang berkata:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...saya sokong apa yg pak cik tulis...apa yg penting imana dan taqwa kita kepada allah...

rasp said...

salam ziarah kembali ...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.