Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

10 Hari Lagi Menentukan Perak

Salam

Tarikh 9 February adalah hari menentukan negeri Perak sama ada ia kekal sebagai negeri di bawah ketentuan mahkamah ataupun di bawah kuasa suara rakyat, di negara Malaysia hanya negeri Perak saja yang kuasa pemerintahannya di tentukan oleh mahkamah akibat peristiwa rampasan kuasa setahun lalu

9 February 2010 keputusan mahkamah persekutuan akan menentukan corak pemerintahan di negeri Perak sama ada mahu mengekalkan kuasa rakyat atau kuasa mahkamah, jika mengikut kehendak demokrasi maka DUN Perak wajib di bubarkan dan adakan semula pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat

Negeri Perak tidak sepatutnya di sisihkan dengan corak pemerintahan cara demokrasi sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia kerana negeri Perak adalah sebahagian dari negeri-negeri dalam negara Malaysia dan tidak patut negeri Perak di jadikan negeri yang sumbang mengikut perlembagaan negeri dan negara

Andainya pembubaran DUN Perak tidak mendapat restu daripada perkenan sultan apabila ia di pohon oleh sesiapa juga pehak yang mahu mengembalikannya kepada sistem demokrasi maka negeri Perak boleh di anggap sebagai sebuah negeri yang amat malang di Malaysia dan ia di lihat sebagai negeri otokrasi dan menjijikkan

9 February adalah hari penentuan bagi Muhammad Nizar mengembalikan sistem demokrasi di negeri Perak andainya dia memenangi kesnya, dia tidak boleh membiarkan keputusan mahkamah untuk terus berkuasa seperti menteri Perak yang ada yang begitu bergantung harap kepada kuasa mahkamah untuk terus berkuasa

Buat masa ini negeri Perak MUNGKIN di nasihatkan supaya DUN tidak di bubarkan kerana sebab-sebab tertentu dan ia menselesakan bagi pehak-pehak yang tertentu namun ia telah merunsingkan pada pehak yang lain serta rakyat yang ingin sangat melihat negeri mereka aman dalam sebuah negeri demokrasi

Andainya nanti Muhammad Nizar yang menang dan DUN negeri Perak tidak di benarkan bubar maka ia juga di lihat sebagai tidak betul kerana suasana tidak berpuas hati tetap berterusan, dalam hal ini siapa pula akan di persalahkan ? Apa yang nyata ialah hanya kuasa sultan sahaja yang mampu membuat keputusan


1 orang berkata:

أميرة الأحلام said...

ur blog is very beatifule

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.