Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN/UMNO Sabah Akan Tumbang

Salam

Sebagaimana yang saya telah ramalkan bahawa tahun 2010 adalah tahun terlalu banyak musibah dan kemelut politik negara, ini berikutan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam negara yang tidak bijak di tangani dengan baik, sepatutnya peristiwa yang berlaku di dalam negara mesti di kaitkan dengan suasana sentimen anutan kaum dan ekonomi negara yang mana ia akan menjadi isu panas dan pantang larang rakyat di negara yang penduduknya berbilang kaum dan anutan

Peristiwa kalimah ALLAH adalah peristiwa yang sangat memeritkan kerajaan BN/UMNO terutama di negara di bawah bayu iaitu Sabah yang penduduknya ramai yang menganut agama kristian katholik dan tambah memeritkan lagi apabila ada menteri kanan yang telah mengundang kemarahan rakyat kerana akhlaknya yang terlalu rendah dengan skandal yang di ciptanya sendiri. Sekarang di Sabah BN/UMNO bagaikan duduk di dalam bara api kerana isu negara terkini menguntungkan PR

Sejarah politik Sabah yang telah menukar kerajaan negerinya beberapa kali dengan berbagai parti menunjukkan BN/UMNO terlalu takut dengan suasana tersebut, sikap rakyat Sabah yang di anggap pandai mencari cita rasa politik demi masa depan mereka dengan menukar kerajaan di anggap peluang yang lebih baik bagi PR untuk mermpas Sabah dari tangan BN/UMNO kerana itu tidak hairanlah mengapa PR akan menyerang Sabah sebelum Sarawak yang juga ramai penganut yang beragama kristian

Orang islam di Sabah dan Sarawak tidak begitu kuat dengan kerja dakwah islamnya di sana menyebabkan pengaroh kristian berkembang biak di sana, mubaligh kristian sanggup sampai di pendalaman berdakwah dengan tidak mengira halangan dan rintangan menyebabkan agama kristian berkembang dengan baik di sana, inilah yang Pak Karamu lihat semasa berkhidmat di Sabah dan Sarawak pada tahun 60 dan 70 an semasa berkhidmat dengan tentera Malaysia dulu

Apa yang tersangat malangnya ialah apabila pendakwah islam yang telah ramai mengislamkan orang-orang bukan islam di Sabah dan Sarawak gagal membuat susulan dan mengasuh mereka ke jalan islam kerana pendakwah islam tidak sanggup menempuh rintangan apa lagi untuk pergi ke pendalaman yang akhirnya kebanyakan mereka yang di islamkan itu kembali kepada agama asal mereka, kesannya dapat di lihat sekarang yang mana jumlah penganut kristian telah mengatasi jumlah umat islam




5 orang berkata:

Unknown said...

salam sahabat
ehm..berita aktual ya Pak..semoga berjalan dengan baik aja yach,jika tumbang semoga ada hikmahnya..good luck

dino.yp@gmail.com said...

Insyallah PAS Kelantan pun akan tumbang.

Gala said...

Muchas gracias por tu visita

Anonymous said...

Pemimpin UMNO di Sabah mimpi lagi...

Dali-a Color Naranja said...

salam sahabat,
muchas gracias por su vista .
mi preoblema es que no entiendo su idioma trate de traducir sin exito.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.