Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Melayu Hadhari Vs Melayu Badawi

Salam

Saya utarakan tajuk ini adalah kerana terdapat kumpulan melayu hadhari mempergunakan melayu badawi bagi kepentingan politik dengan tujuan untuk memperbodoh golongan badawi, Pak Karamu pinjam istilah kamus yang mengatakan bahawa hadhari bermaksud golongan bandar yang akalnya sedikit pandai tapi ada tujuan yang busuk, sementara golongan badawi adalah golongan kampungan yang sedikit bengap tapi mereka ada sedikit pintar tapi bersikap mengharap-harap

Kedua-dua golongan ini ada yang terkena dan ada yang mengena, golongan yang terkena biasanya adalah golongan badawi dan golongan yang mengena adalah golongan hadari, kerana mereka ini sentiasa mencari formula bagaimana golongan badawi ini mahu di pergunakan untuk kepentingan pribadi dan kumpulan mereka, sementara golongan badawi memang kadangkala mereka menyedari bahawa mereka di perangkap akan tetapi kerana mahu sedikit senang maka mereka rela di pergunakan

Apakah Sebab Pak Karamu mengutarakan istilah Melayu Hadhari dan Melaayu badawi ?

Sebabnya terdapat golongan melayu hadhari mengajar melayu badawi supaya mengamalkan budaya mengemis, pemalas dan menjadi pak turut kepada melayu hadhari dengan mencurahkan berbagai-bagai subsidi kepada melayu badawi yang akhirnya menjadikan mereka alat untuk di peralatkan oleh golongan melayu hadhari, melayu hadhari mempergunakan melayu badawi bagaikan membela dan manjamu telur bagi membela hantu raya mereka

Hari ini negara telah ketandusan telur (subsidi) yang di kuasai oleh melayu hadhari sedangkan melayu badawi tetap mahu telur tetapi telur sudah habis kerana telah di pergunakan pada tahun lepas dalam masa yang sama melayu badawi tetap juga mahu telur itu jika tidak telur melayu hadhari kena bagi juga, ertinya hantu raya mahu makan telur tuan dia, nah sekarang tibalah masanya melayu badawi mengajar melayu hadhari dengan menyingkirkan mereka pada PRU 13 nanti inilah kebijaksanaan Tuhan atas orang yang suka memperbodohkan orang demi kepentingan politik mereka

Sekarang melayu hadhari telah mengutarakan konsef JUARA RAKYAT ? Apakah yang hendak di juarakan sedangkan telur sudah habis, hutang sudah melambak, harga barang sudah melambung dan akan melambung lagi apabila harga minyak akan di naikkan sedikit masa lagi






0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.