Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR POLIS JALANKAN TUGAS

Teori kemungkinan kebarangkalian yang dijaja dari mulut ke mulut di Kota Kinabalu, ada asasnya untuk mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terlibat dalam Skandal Video Seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang; memandangkan bapa mertuanya, Datuk Shuib Lazim dan C.E.O kanan sebuah agensinya, RISDA, Datuk Rahim Thambi Chik dikatakan terlibat secara langsung dengan isu berkenaan.

Saya tidak bermaksud untuk menuduh Shafie terlibat secara langsung, namun penglibatan bapa mertuanya dan pegawai kanan agensi di bawah Kementeriannya, tanpa ‘RESTU’ beliau bagaikan lagu tanpa irama atau ibarat keris tanpa ulu. Isu video seks berkenaan bukan sahaja memalukan rakyat Malaysia, malah membuktikan tidak ada kebebasan hak asasi manusia di Malaysia kerana hak peribadi seseorang begitu mudah diceroboh dan dirakam; setelah insiden yang serupa berlaku ke atas Datuk Chua Sooi Lek.

Bukankah isu yang digembar gemburkan ini akan menyebabkan pelancong takut untuk datang ke Malaysia kerana bilik hotel begitu mudah dipasang CCTV atau kamera tersembunyi tanpa sebarang sistem keselamatan peribadi? Isu video lucah yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang bukanlah isu penting tetapi sengaja digembar-gemburkan; apatah lagi dengan penyerahan jam Omega (kononnya mempunyai DNA pemimpin pembangkang) dan VCD rakaman CCTV kepada pihak polis, namun tidak akan dapat membuktikan apa-apa kerana dua barang tersebut saksi bisu dan kaku.

Pelacur China dalam video berkenaan mungkin salah seorang daripada 50,000 GRO dan warga China yang gagal dikesan oleh Jabatan Imigresen kerana masuk ke Negara ini secara sah; tetapi tidak ada rekod mereka meninggalkan negara ini kerana ‘Ada wang Semua Boleh Jadi’; buktinya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen ditangkap SPRM kerana mendalangi semua kegiatan ini.

Penglibatan ‘Datuk T’ iaitu singkatan bagi ‘Trio’ Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dalam skandal video seks berkenaan tidak menarik minat saya, tetapi kemungkinan penglibatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi tumpuan rakyat kerana melibatkan maruah UMNO disebabkan kedudukannya sebagai Naib Presiden. Saya tidak ingin mengganggu siasatan polis, namun ada baiknya Datuk Shafie turut dipanggil sebagai saksi kerana penglibatan bapa mertua dan C.E.O agensi di bawah kementeriannya mirip kepada perkenan Shafie; sebelum video ini didedahkan kepada media.

Kedudukannya sebagai ‘Blue Eye Boy’ kepada Najib, Shafie telah memalukan Najib apabila Anwar tanpa ragu menuduh Najib dalang di sebalik skandal video seks berkenaan kerana dua Datuk yang mengaku menjadi dalang adalah berkait rapat dengan Shafie.Tidak mungkin Shuib tidak meminta restu atau tidak menunjukkan video berkenaan kepada Shafie kerana Shuib telah menunjukkan video tersebut kepada anak saudaranya, Datuk Johari Abdul.

Memandangkan hubungan Shafie dengan bapa mertuanya dan Rahim agak rapat, maka adalah tidak mungkin mereka membelakangkan Shafie, melainkan jika Rahim tidak lagi mahu menjadi Pengerusi RISDA dan Shuib sudah bosan menjadi bapa mertua Shafie. Shafie sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kepercayaan Najib setelah gagal beberapa kali dalam percubaannya untuk merampas kuasa politik daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; namun sehingga kini beliau gagal dan akan terus berusaha sehingga berjaya dalam konspirasinya./Sabahkini

1 orang berkata:

Penditakainsingkat said...

Salam,

Eloklah TS Rahim and the geng secara sopan dan tertib sesuai dengan ajaran Islam dan etika budaya sejagat, berjumpa dan berbincang secara terhormat dengan Anuwar tanpa mengaibkannya.

Begitulah juga agaknya yang patut dilakukan oleh YB Dato' Seri Anuwar dengan nyanyian "altantuya" yang tidak ada asas dan bukti terhadap DS Najib, Rosmah.

Marilah kita berdoa untuk diri kita sendiri supaya tidak termasuk ke dalam golongan yang menganiaya diri sendiri dan orang lain.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.