Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG MELAYU MANA BOLEH JADI PEMIMPIN ?

 PERKASA JUGA MANA BOLEH MEMBELA NASIB BANGSA MELAYU, BERSEKONGKOL BUAT FITNAH BOLEH LAH

Tiba-tiba Ibrahim Ali "Warning" Pimpinan Umno..??

Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini.
 
Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.
“Hak tetap hak,” kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini.

Justeru kata beliau, tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union, yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak.

“Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional,” kata Ibrahim.
“Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.

Katanya, Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh melindungi hak Melayu dan Bumiputera kerana ia bersifat terlalu longgar dan terdedah kepada manipulasi.

Tambah beliau, mana-mana dasar ekonomi yang tidak bertunjangkan Artikel 153 bercanggah dengan perlembagaan dan ia juga satu tindakan jenayah.

Ibrahim juga mengecam kerana kerajaan memberi terlalu banyak perhatian kepada syor-syor pakar luar negara dalam melaksanakan MBE sedangkan mereka tidak faham latar belakang sejarah yang bersangkut-paut dengan ekonomi Malaysia.

“Mereka datang ke sini untuk merangka ekonomi bagi Malaysia berdasarkan pertimbangan asing dan bukannya (keperluan) sosioekonomi negara,” katanya lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan memberi tekanan kepada tindakan afirmatif yang pro-Bumiputera, sebagaimana ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.