Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELESAIKAN MASALAH PRIBADI

Salam
http://1.bp.blogspot.com/-6bIhh7xia4I/TZB56rfu47I/AAAAAAAAAxA/gz6MJttVtlU/s1600/bersih_ramai.jpg
BERSIH BAGAIMANAPUN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT MEREKA AKAN DIKOTORKAN DENGAN BERBAGAI FITNAH DAN PENIPUAN

Rakyat pada amnya tidak memandang kepada dasar perjuangan parti untuk mereka memberikan undi akan tetapi rakyat akan melihat tercemar atau tidaknya seseorang pemimpin untuk mereka menetapkan sokongan selain daripada amalan rasuah yang diamalkan oleh parti pemerintah

Rakyat Malaysia tidak perlu didedahkan dengan politik kebenaran kerana kebenaran tidak akan menjadi apa-apa kepada rakyat, dan kebenaran itu akan dibenamkan oleh rakyat dengan memilih rasuah pembangunan yang di canangkan oleh kerajaan yang memerintah di negara ini

Di waktu kebelakangan ini isu rasuah sudah menjadi tidak menjadi berkesan jika kita jadikan isu politik untuk memenangkan hati rakyat kerana rakyat di negara ini juga suka dengan amalan tersebut sebab itu BN/UMNO sentiasa menang dalan pilihanraya kecil yang mereka tangdingi

Isu akhlak mungkin akan menjadi isu yang sementara waktu sahaja kerana akhlak juga akan dikalahkan dengan rasuah politik dan penafian, sekarang yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat ialah isu politik fitnah yang berat sebagai isu yang mungkin berkesan dan dinanti-nantikan oleh rakyat
Isu fitnah Dato Sri Anuar Ibrahim yang menjadi ketua pembangkang akan menentukan terkuburnya Pakatan Rakyat di negara ini sekalipun dia tidak melakukan apa yang difitnahkan terhadapnya kerana kurangnya alat sebaran am yang berkesan untuk memahamkan terhadap rakyat disamping gangguan pehak berkuasa

Ruginya isu fitnah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat ini ialah kerana jentera parti turut berjalan perlahan kerana fikiran rakyat sudah menjadi berbelah bagi diantara percaya atau tidak tambahan lagi negara sedang berhadapan dengan pilihanraya umum tidak berapa lama lagi

Apa yang penting ialah para pemimpin kena berhati-hati dengan amalan fitnah yang dimainkan oleh BN/UMNO, jangan ambil mudah perkara tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh pemerintah di negara ini kerana ia menjejaskan pergerakan parti dan menjejaskan juga maruah perjuangan

Ramai kerja pentadbiran parti nampaknya terkencat kerana tuduhan fitnah ini, sepatutnya kita dapat melakukan kerja yang sepatutnya dibuat akan tetapi ia menjadi tergendala kerana semangat telah hilang dan menjadi bosan untuk melakukan tugas kerana maruah ahli parti menjadi lemah dan bosan

Bertindak balas dengan mengadakan penerangan untuk menafikan isu fitnah ini nampaknya tidak melemahkan pehak kerajaan untuk menambahkan fitnah yang lain pula dengan menggunakan media masa yang sememangnya adalah berpehak disebelah mereka kerana kekebalan alat yang mereka ada

Nampaknya Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan yang lain selain dari bersetuju saranan Prof  Dr Asri bekas Mufti Perlis supaya diadakan himpunan raksasa bagi membantah isu fitnah yang kotor disamping mengambil kira cadangan PAS Temerloh yang menyarankan himpunan BERSIH bagi menolak apa saja yang dilihat sebagai tidak kena atas segala penipuan yang dilakukan oleh BN, ini mungkin akan menyedarkan BN dan dunia luar

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.