Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA MASA NAK TUMPUKAN KERJA POLITIK DAN MENANG ?

 CUKUPLAH !!! JANGAN PENINGKAN PIMPINAN PAKATAN

KUALA LUMPUR, — Polis tidak menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan video seks didakwa menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur meskipun pengkritik mahukan siasatan sedemikian ke atas ketua umum Pakatan Rakyat itu.

Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ghazali Mohd Amin berkata, Ketua Pembangkang itu tidak disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah


Ghazali enggan menjawab sebarang soalan lain kerana sedang menaiki kapal terbang ketika dihubungi.
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dua daripada tiga “Datuk T menggesa agar diadakan suruhanjaya siasatan untuk menentukan ketulenan rakaman video itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat semalam, Ghazali berkata, polis kini dalam proses membuat pengesahan pakar berhubung bahan bukti yang diperoleh berkaitan kes video seks itu.

Malah semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata, ketiga-tiga ''Datuk T'' terbabit termasuk Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Rabu lepas, Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mengakui mereka bersama Shuib adalah trio “Datuk T” yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis di Bukit Aman pada Khamis dan Jumaat lalu, dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti,

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain termasuk Perkasa juga meminta suruhanjaya siasatan diadakan bagi meneliti pendedahan rakaman video seks.M/I Ini kali ketiga Anwar berhadapan dengan dakwaan berkaitan dengan moral dan seks

Pada akhir 1990-an beliau disiasat dan didakwa berhubung kes liwat dan salah guna dan kemudian kes liwat kedua pada 200

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.