Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIGA ADUN PKR BERI KETERANGAN POLIS

Tiga orang ADUN PKR hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk memberi kenyataan berhubung satu perhimpunan anjuran parti itu pada tengah malam Jumaat lalu.
ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves) tiba di balai berkenaan pada kira-kira jam 10.30.

Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis tersebut pada tengah malam Isnin lalu.

Wakil rakyat berkenaan memasuki balai polis ditemani peguam Latheefa Koya dan N Surendran serta ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Sementara itu, sekumpulan penyokong seramai kira-kira 50 orang turut berkumpul di luar balai polis berkenaan.

Dilaporkan, satu insiden kekecohan berlaku melibatkan peserta perhimpunan berkenaan, antara tengah malam dan awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, sepasukan polis termasuk FRU bertindak menghalang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapan di perhimpunan berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.