Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEMI DEMOKRASI ANUAR TIDAK DIBENAR BERUCAP

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang berucap di satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.
NONEMenurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalulintas.
Akhbar See Hua Daily News pula melaporkan polis cuba memberhentikan majlis itu sebelum ketibaan Anwar lagi.
NONEMun dilaporkan merampas mikrofon apabila ADUN Kuala Sepetang yang juga bekas exco Perak Tai Sing Ng sedang berucap dan menuntut beliau menunjukkan kad pengenalannya.

Selepas berunding dengan ADUN Padungan Dominique Ng, penganjur majlis bersetuju supaya upacara itu diadakan di dalam kedai kopi tanpa menggunakan sebarang mikrofon.

Namun, hanya segelintir daripada hadirin yang berjaya menyelitkan diri ke dalam kedai kopi itu, dengan ratusan lagi berada di luar. Menurut See Hua Daily News, jumlah yang hadir adalah 800 orang.

NONENg berjaya berucap dengan kebanyakan hadirin berpeluh kerana kepanasan kira-kira 20 minit sebelum Anwar tiba.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.
Ketika dihubungi, Ng berkata majlis malam semalam itu juga bertujuan meraikan ulang tahun ke-12 PKR di Sarawak.

“Kami juga ada membawa kek hari jadi untuk acara itu. Adakah sambutan hari jadi sekarang ini pun aktiviti haram?” soalnya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.