Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG MELAYU MUDAH LUPA

Waspada propaganda pembangkang - UMNO Pulau Pinang

Buat pertama kalinya aku amat bersetuju dan menyokong sepenuhnya kenyataan dari UMNO Pulau Pinang seperti yang tertera pada tajuk entry..

Rakyat Pulau Pinang sememangnya haruslah berwaspada dengan propaganda-propaganda yang dijalankan oleh pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah pemimpin-pemimpin pembangkang Pulau Pinang..

Ha..ha..ha.. Dia lupa kot.. kat Penang ni UMNO itu pembangkang!! Tak sedar lagi Musa Sheikh Fadzir ni rupanya.. kesian....


Dalam berita dibawah ni Musa Sheikh Fadzir mempertikaikan tindakan k kerajaan negeri yang menghantar 200,000 SMS kepada rakyat Pulau Pinang dalam tempoh setahun untuk memaklumkan tentang program-program yang akan dianjurkan, aktiviti dan isu semasa.

Tapi bila Najib sendiri perhabis RM63,000.00 untuk untuk hantar e-mail dan ucapan ‘Salam 1Malaysia’ yang tak berfaedah tu.. dia diam.


Waspada propaganda pembangkang - UMNO Pulau Pinang25/03/2011 6:35pm

GEORGE TOWN 25 Mac - UMNO Pulau Pinang, hari ini, menasihatkan rakyat di negeri itu agar berwaspada dan tidak terpengaruh propaganda kerajaan pimpinan DAP bertujuan untuk memburukkan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tidak perlu menggunakan duit rakyat untuk menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau risalah.

"Selepas tiga tahun mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, rakyat akan tahu apa kerajaan negeri lakukan dan tidak guna membazir duit rakyat untuk menghantar SMS atau risalah,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tujuan kerajaan negeri itu menghantar 200,000 SMS kepada rakyat Pulau Pinang dalam tempoh setahun untuk memaklumkan tentang program-program yang akan dianjurkan, aktiviti dan isu semasa. - Bernama


Najib belanja RM63,000 hanya untuk hantar email ‘Salam 1Malaysia’
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan ‘Salam 1Malaysia’ kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd.

Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat.

Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan ‘tidak melanggan’ (unsubscribe) pada emel berkenaan.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik ‘tidak melanggan’ (unsubscribe) senarai penghantaran ‘Salam 1Malaysia’ bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej prot

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.