Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MISI UNTUK TAWAN SARAWAK

Pemimpin Tertinggi PKR Dan Pas Sudah Berada Di Sarawak

BEBERAPA pemimpin tertinggi parti komponan Pakatan Rakyat telah pun berada di Sarawak dalam rangka membuat persiapan dan penyusunan menghadapi pilihan raya umum Sarawak 16 April nanti. Antara mereka yang berada di Sarawak ketika ini ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta beberapa wakil rakyat.

Sallehuddin kini berada di Bintu, sedang membuat penyusunan bersama barisan kepimpinan Pas kawasan berkenaan. Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pula akan turun ke Sarawak esok atau lusa bagi mengemaskan beberapa sudut yang masih belum mantap.

Setakat ini menurut Nasraudin, Pas telah memastikan akan bertanding di dua kerusi ialah di Beting Maro dan Subuyau. Kemungkinan Pas akan mendapat satu lagi kerusi iaitu di Senadin yang terletak dalam Parlimen Miri. Senadin merupakan kawasan campuran yang didominasikan Cina dan Melayu. "Kita sedang berunding dengan DAP dan PKR agar memberi laluan kepada Pas bertanding di kerusi ini," ujarnya.

Adalah dipercayai kedatangan Salluddin ke Bintulu untuk berunding mengenai kerusi berkenaan.

Secara umumnya pembahagian kerusi di antara parti komponen Pakatan Rakyat - PKR, Pas dan DAP masih belum selesai. Kerusi Pakatan Rakyat juga menjadi rumit bilamana Snap yang sebelum ini berhasrat untuk bersama Pakatan tetapi telah memilih jalan sendiri di saat-saat akhir. Langkah Snap itu menyebabkan akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru di mana ini tidak memberi suasa baik kepada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Snap telah membuat pengumuman secara bersendirian akan bertanding di 24 kerusi. Pengumuman Snap itu dilihat parti berkenaan kemungkinan tidak akan bersama Pakatan Rakyat. Apa lagi ada usaha untuk membawa Snap kembali semula ke dalam BN. Usaha ini diusahakan oleh bekas Menteri Tenaga, Leo Mogge.

Dalam tilikan saya sekiranya benar Snap bertanding di lebih 40 buah kerusi jelas parti itu telah menjadi alat kepada BN. Bahawa kersama dengan BN itu sangat jelas. Apa yang berlaku Snap hanya akan meletakkan calonnya untuk mengacau pengundian untuk memberi alternatif kepada BN.

Dari cakap-cakap kedengaran di Kucing ini juga parti Kita turut sama akan bertanding. Parti itu akan menggunakan lambang Snap kerana ia tidakdidaftar di Sarawak.

Sementara itu PKR sendiri juga masih belum memuktamadkan calon-calon mereka. Ia dipercayai dalam proses diperingkat terakhir dan semua calon akan diumumkan oleh Penasihat Umum, Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 29 Mac ini. Bagaimana pun beberapa pemimpin utama PKR Sarawak sudah pun dikenali pasti kerusi masing-masing.

Sehingga ini seperti mana dilaporkan Utusan Borneo PKR baru mengenal pasti 19 calon. Parti itu akan bertanding di 35 kerusi.

Manakala kedatangan Nurul Izzah petang ini pula adalah untuk meninjau persiapan awal jentera pilihan raya. Beliau juga dikatakan akan turun ke beberapa kawasan untuk melihat persiapan dan mood pilihan raya dari dekat.

Saya terserempak dengan Nurul Izzah ketika beliau chekc in di sebuah hotel yang diteman oleh Penasihat PKR Sarawak, Hafsah Harun. Turut sama kelihatan ialah bakal calon PKR di kerusi Pantai Damai, ali Hussein Abang. [kucing. 3:20 pm 26/03/11]

Caption: Nurul Izzah di lobby hotel di Kucing sedang mendengar penjelasan dari Ali Hossein sambil diperhati Hafsah Haru.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tawan Sarawak, kemudian serah jawatan CM kepada NON MUSLIM...

Tahniah!!!

Sumbangan orang Malaya kepada umat Islam Sarawak.

Umat Islam Sarawak tidak akan maafkan
mereka yang berkenaan dinia dan akhirat!

Hanya kepada Allah SWT kami serahkan pengkhianat-pengkhianat umat Islam Sarawak.

ANTI MALAYA

Anonymous said...

Ingat Jembalang Tanah Melayu!

Muslim Sarawak adalah minoriti
BukanNYA sama seperti jumlah muslim di Malaya

Masihkah 'Jembalang' ingat?
Apa yg dah berlaku ke atas Sabah
suatu ketika apabila PBS 'naik'?

'Jgnlah yang ular mematuk Umat Islam Sarawak dari lubang yg sama'

'Yang dikejar tak dapat, yg dikendung berciciran"

'Jgn nasi dah jadi bubur...
'Dah terhantuk baru tergendah...

Peringatan:JANGAN GHAIRAH MENABUR FITNAH KE ATAS KEPIMPINAN ISLAM SARAWAK, KALAU TANPA BUKTI NYATA=DOSA BESAR.

ATAS NIAT APA UMAT ISLAM MALAYA NAK HANCURKAN KEPIMPINAN ISLAM SARAWAK?

YANG NYATA KALIN SAMA2 NAK JATUHKAN UMAT ISLAM SARAWAK?

TEPUK DADA TANYA IMAN.
WASSALAM

raybanoutlet001 said...

longchamp outlet
49ers jersey
toms shoes
oakley sunglasses
cheap ugg
nike blazer
bengals jersey
kate spade
nike huarache
cheap oakley sunglasses

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.