Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA SEKARANG BARU TAHU ?


WarkahDaily, 30 Mac - Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah telah meletakkan jawatannya itu berkuat kuasa serta-merta dalam sidang media semalam.

“Hari ini saya umumkan secara peribadi meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Perkasa dan tujuan saya meletakkan jawatan untuk memberi peluang kepada generasi baru untuk memimpin.

“Saya harap barisan terbaru akan bawa Perkasa ke peringkat lebih tinggi. Walaupun saya letak jawatan, saya masih ahli Perkasa,” jelas Arman kepada media.

Sebelum itu, berita perletakan jawatan Arman (Gambar) telah menimbulkan pelbagai spekulasi konon ada kaitan dengan desakan dan masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali namun ianya telah dinafikan.

“Saya letak jawatan atas dasar prinsip bukan atas dasar desakan, bukan atas dasar disunting tapi atas dasar prinsip, ” beritahu Arman lagi.

Yang pasti, perletakan jawatan Arman adalah kerana beliau melihat perjuangan Perkasa tidak bermakna dan tak kemana.

Arman Azha berkata, keputusan perletakan jawatan itu diambil kerana merasakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Perkasa tidak boleh mencapai matlamat tuntutan tanpa mempunyai kuasa politik.

“Mana-mana NGO hanya boleh mendesak dan tidak boleh melaksanakan apa-apa tuntutan tanpa kuasa politik, apa pun yang kita buat akhirnya memerlukan kuasa politik,” katanya yang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pejabat Perkasa pagi semalam.

“Saya berjuang demi prinsip dan apa-apa yang hendak dilakukan hanya boleh dibuat dengan kuasa politik, tak akan saya nak jadi ketua buat selama-lamanya.

“Selama ini kita hanya mendesak tapi dasarnya kuasa terletak kepada kuasa politik, sebab itu saya letak jawatan... ini semua pasal prinsip,” katanya.

Seolah-olah bagi Arman, Perkasa yang disertainya selama ini tidak memberi apa-apa faedah untuk perubahan kerana matlamat yang dibawa Perkasa tidak sampai ke mana kerana tanpa kuasa politik.

Jika ianya tidak sampai ke mana, bermakna penyertaan beliau dalam Perkasa sebelum ini hanyalah sia-sia sahaja dan buang masa.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.